Monday, December 29, 2008

PPSMI: Perspektif seorang pelajar sekolah

Saya merupakan seorang pelajar yang mana bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2009. Ketika ini orang ramai agak heboh juga memperkatakan tentang isu pengajaran & pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI). Sebagai seorang pelajar yang agak mengambil berat tentang isu-isu semasa serta keadaan sekeliling, saya berasa seperti terpanggil untuk menceritakan pandangan saya terhadap pelaksanaan PPSMI ini.

Sunday, December 28, 2008

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Saya ingin mengambil kesempatan hayat yang masih ada ini untuk mengucapkan selamat menyambut kedatangan tahun baru Hijrah 1430. Semoga kehadiran tahun baru ini memberikan kita semangat baru untuk bertekad menjadi seorang hamba ALLAH 'Azza Wa Jalla yang sebaik mungkin.

Sentiasalah kita mengingati ALLAH, kerana sesungguhnya jika kita sering mengingatinya nescaya hati kita akan sentiasa tenang dan tidak akan melakukan kemungkaran dalam kehidupan seharian kita sementara menantikan saat kita dipanggil untuk kembali kepada ALLAH 'Azza Wa Jalla.

Salam Ma'al Hijrah.

Raja Ahmad Kamil Bin Raja Sulaiman
30 Zulhijjah 1429H bersamaan 28 Disember 2008M.

Sunday, December 21, 2008

Tazkirah: Tangis insaf, zikir hidupkan jiwa mati

Air mata takut hari pembalasan untuk tambah ilmu lebih mahal daripada isi dunia

Oleh: Dr Juanda Jaya


DUA belah mata boleh menangis, tetapi hati tetap reda atas ketentuan-Nya. Demikianlah keadaan orang Mukmin yang bersedih. Tawa dan tangis, gembira dan sengsara, nikmat dan ujian semuanya adalah lumrah kehidupan.

Seseorang itu tidak mungkin hanya melalui satu episod dalam kehidupannya, sedih dan menangis untuk selama-lamanya. Semua akan datang dan pergi silih berganti, tiada yang kekal di dunia ini.

Orang beriman berada di atas batas pertengahan, tidak berlebih-lebihan mengungkapkan perasaan yang bergejolak di hati. Inilah yang disebut sebagai jiwa hamba yang zuhud. Apabila mendapat nikmat, tidak terlalu gembira dan jika diserang musibah tidak pula terlalu bersedih. Semua dikembalikan kepada ketentuan Allah semata-mata.

Saturday, December 20, 2008

Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” - Bahagian Akhir

Aiman keliru dan berasa samar akan pendiriannya sama ada dia ingin meletakkan jawatan sebagai seorang pengawas sekolaha ataupun tidak.Setakat ini, dia berhajat untuk terus memegang jawatan pegawas sekolah hanya kerana markah merit yang akan diperoleh bagi pelajar yang menjadi pengawas sekolah.Aiman tidak kisah biarpun Asyraaf sudah tidak melayannya lagi seperti dahulu.

Friday, December 19, 2008

Ulasan: Pandangan Saya tentang Isu Maxis

Assalmualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Saya rasa terpanggil untuk memberikan komen saya tentang perkara-perkara yang dikaitkan dengan maxis.Mungkin ada yang tertanya-tanya apa yang dimaksudkan.Di sini saya 'copy' dan 'paste' mesej berita yang tersebar meluas dalam internet dan SMS yang tidak diketahui kesahihannya. Cuma yang saya pelik kenapa ramai orang sanggup 'forward' mesej tersebut sedangkan mereka tidak tahu akan kesahihannya.

"adakah anda pengguna maxis?? jika ya. truskan membaca msj ini.. jika tidak.. baca la gak.. penat aku tekan button send.. believe it or not.. aku pun was2.. slamat membaca.. Sebab2 perlu memboikot maxis: 1-maxis menyalurkan 10% keuntungan kpd IFC(pertubuhan kuffar di malaysia yg berkeras MEANGHANCURKAN ISLAM) 2-Ananda Krishnan melabur saham hotlink ke sebuahpusat judi terbesar,BINARIANG GENTING! 3-maxis ddapati menyalurkan bantuan ke india bagi membantu puak2 pelampau india disana yg berusaham'hapuskan UMAT ISLAM 4-maxis turut menaja maintainence bg penjagaan patung besar buddha di batu caves."jihad fisabilillah!!" GEMPAR! Gereja didalam UPM sedang dibesarkan...couple antara kristian&muslim semakin ramai.. sebarkan jika anda sayangkan islam..."

Thursday, December 18, 2008

Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” - Bahagian 15

Aiman yang jarang sekali menerima surat secara tiba-tiba menerima sepucuk surat yang diposkan ke rumahnya.Aiman terfikir-fikir apakah kandungan surat tersebut lantas membukanya.Dia sememangnya terkejut apabila melihat sebuah pek sim Hotlink yang mana nombor itu merupakan nombor yang pernah digunakan insan yang tidak dikenalinya untuk menganggunya dengan mengatakan banyak perkara yang menyakitkan hati Aiman.

Aiman terfikir siapakah gerangan insan tersebut dan apakah motif insan tersebut menghantar pek sim tersebut kepadanya.Namun dia gagal merungkai persoalan tersebut yang bermain dalam dirinya.Tanpa membuang masa, Aiman memasang kad sim tersebut ke dalam talefon bimbitnya.Terlintas di hatinya untuk menyiasat siapakah pemilik nombor tersebut dengan menghantar mesej ke Hotlink untuk mengetahui tarikh lahir pemilik nombor tersebut.Aiman amat terkejut apabila dia mendapat tahu tarikh lahir tersebut sama dengan tarikh lahirnya.

Wednesday, December 17, 2008

Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” - Bahagian 14

Hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba.Hari ini para pelajar akan menerima keputusan peperiksaan akhir tahun yang telah diduduki baru-baru ini Aiman bersyukur ke hadrat ALLAH ‘Azza Wa Jalla kerana dia memperoleh 8A 1B 1C 1D dan menduduki tempat ke-7 dalam ‘ranking' kelasnya.

Ini bermakna Aiman melepasi had minima yang ditetapkannya dalam perjanjian yang dibuat dengan dirinya dan dia tidak perlu berhenti menggunakan talefon bimbit dan ‘Friendster' sehingga tamat SPM.
"Wah.. tahniah atas kejayaan hang tu",kata Afiq.
"Kejayaan? Keputusan aku yang agak teruk itu dikatakan berjaya?", kata Aiman.
"Eleh..merendah diri pula. Aku tabik hormat la pada hang kerana hang masih mampu memperoleh keputusan seperti itu walaupun tidak mengulangkaji pelajaran dengan banyak akibat gelora dugaan yang terpaksa hang hadapi",kata Afiq.
"Apa-apa sajalah",kata Aiman.

Tuesday, December 16, 2008

Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” - Bahagian 13

Ketika Aiman sedang berjalan bersama Faiz pulang ke kelas mereka,kelihatan kelibat seorang pelajar tingkatan 3 berjalan ke arah mereka sambil membawa makanan.
"Abang Aiman..Abang Aiman.Ini makanan yang diberikan oleh para pelajar tingkatan 3 Abu Bakar untuk abang",kata Hakimi.
"Hmm..tidak mengapalah.Berikan semula makanan ini pada diorang.Ana tidak layak menerima makanan ini selepas apa yang telah ana lakukan kepada para pelajar tingkatan 3.Dan yang paling penting ana tidak mahu menerimanya bukan kerana ana bencikan mereka",kata Aiman.
"Kalau tidak benci maka ambil dan makan sajalah",kata Hakimi sambil meletakkan makanan tersebut di atas meja di dalam kelas 4 Ali.

Monday, December 15, 2008

Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” - Bahagian 12

Semasa Bengkel Kecemerlangan Matematik Tambahan, Aiman menanya pendapat salah seorang pelajar tingkatan 3 tentang sebab ramai pelajar gagal dalam peperiksaan bagi subjek tersebut.Pelajar tersebut secara tiba-tiba mengatakan bahawa dia memang bencikan Aiman dan para pelajar tingkatan 4 memang berlagak.Keadaan dewan tersebut menjadi agak riuh rendah semasa pelajar mengatakan sedemikian.

Aiman tidak membalas kata-kata pelajar tersebut selepas pelajar tersebut menyerahkan kembali mikrofon kepadanya sebaliknya dia mengucapkan terima kasih kepada pelajar tersebut atas keberaniannya meluahkan apa yang tersimpan dalam kalbunya. Walau bagaimanapun, selepas itu keadaan kembali reda dan bengkel tersebut berjalan dengan lancar sehingga ia berakhir apabila guru penyelaras tingkatan 5 datang untuk menguruskan hal susunan meja bagi para pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM pada minggu hadapan.

Sunday, December 14, 2008

Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” - Bahagian 11

Semasa Aiman hendak pulang ke rumah,Aiman dimaklumkan oleh sahabat-sahabatnya bahawa Cikgu Suzana ingin menemuinya.Lantas dia pergi ke bilik kaunseling untuk berjumpa Cikgu Suzana sambil memikirkan sebab dia dipanggil.

"Akhirnya datang juga kamu.Cikgu hendak tanya kamu sama ada kamu boleh memberikan ceramah kepada pelajar tingkatan 3 ataupun tidak tentang subjek Matematik Tambahan esok?Hal ini kerana Ceramah Titian Kasih tidak dapat diadakan kerana penceramahnya tidak dapat hadir",kata Cikgu Suzana.
"Hmm...boleh rasanya.Saya memang tahu bahawa sebahagian pelajar tingkatan 3 kata saya hendak mengganggu hidup diorang apabila saya bakal memberikan ceramah kepada diorang.Walau bagaimanapun tidak mengapalah diorang kata sedemikian.Lagipun Insya ALLAH ini merupakan kali yang terakhir saya mengganggu hidup diorang",kata Aiman.
"Oh..ok.Terima kasih banyak-banyak atas kerelaan kamu.Esok pagi-pagi kamu datang ke sekolah dan letakkan bahan dalam peti surat bilik kaunseling untuk diperbanyakkan untuk diedarkan semasa bengkel",kata Cikgu Suzana.
"Baik,cikgu",kata Aiman.

Saturday, December 13, 2008

Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” - Bahagian 10

Aiman dan Faiz pergi ke bilik guru untuk berjumpa Sir Ahmad Tarmizi dan mereka berdua menceritakan tentang perbuatan insan menggunakan nama ‘Katak Pisang' itu.Aiman mengingatkan pada dirinya agar tidak sesekali terlepas cakap dengan memberitahu Sir Ahmad Tarmizi bahawa dia telah dibelasah.

"Kamu tolong saya dapatkan maklumat tersebut dan mencetaknya kemudian berikan kepada saya.Saya memang sibuk sejak kebelakangan ini sampai tiada masa untuk melayari internet",kata Sir Ahmad Tarmizi kepada Aiman dan Faiz.
"Hmm.. ‘insan' tersebut siap kata sesuatu kepada saya yang nampaknya seperti mengugut hendak membelasah saya pula",kata Aiman.
"Kalau dia hendak membelasah kamu, sudah tentu dia terus bertindak tanpa mengugut kamu.Kalau mengugut, nampak sangat dia itu penakut dan cuma hendak menggertak kamu",kata Sir Ahmad Tarmizi kepada Aiman.

Friday, December 12, 2008

Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” - Bahagian 9

Aiman menceritakan tentang ‘Katak Pisang' kepada Faiz dan Faiz memang terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Aiman.
"Aku dah beberapa orang lain rasa ‘Katak Pisang' itu ialah pelajar tingkatan 3.Hal ini kerana dia memang mengutuk hang sepuasnya akibat rasa tidak puas hatinya terhadap hang", kata Faiz.
"Aduh..balik-balik pelajar tingkatan 3.Seolah-olah tiada insan lain dalam dunia ini yang memusuhi aku selain diorang.Tetapi aku takkan sesekali memusuhi mahupun berdendam dengan sesiapa pun dalam dunia ini.Hmmm..Aku pun tidak dapat membayangkan siapa dia itu kerana sudah banyak orang yang aku laporkan kepada Sir Ahmad Tarmizi dan Teacher Amelia tapi tidak kisahlah siapa dia.Ia Cuma membuatkan aku pening kepala sahaja",balas Aiman.

Wednesday, December 10, 2008

Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” - Bahagian 8

Ketika Aiman dalam perjalanan ke Masjid Alwi untuk menunaikan Solat Asar, dia mendapati terdapat sekumpulan insan yang sedang mengekorinya.Dia berasa aneh melihat kelibat insan-insan yang mengekorinya itu namun dia tidak mengendahkannya.Ketika Aiman melalui sebuah bangunan kecil, insan-insan yang mengekorinya itu tiba-tiba bergegas berlari menghampirinya lalu mengepungnya.

Tuesday, December 9, 2008

Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” - Bahagian 7

Aiman sedang termenung di bawah pohon yang rendang sambil memikirkan tentang dirinya yang dilihat seolah-olah terumbang-ambing dalam bahtera kehidupannya.Tiba-tiba dia ternampak seorang gadis yang mana rupa-rupanya gadis itu ialah Aisyah, sahabat lamanya yang tidak ditemuinya sejak sekian lama.Aiman terpegun melihat Aisyah yang sudah berubah dan sungguh berbeza dengan perwatakannya pada satu masa dahulu.Aisyah kini bertudung labuh dan memakai pakaian yang labuh dan sopan, tidak seperti dahulu.

Sunday, December 7, 2008

Tentang Cinta

Cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

Cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

Salam Aidil Adha 1429 Hijrah

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Dikesempatan hayat yang masih ada ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1429 Hijrah.

Diharapkan ramai dalam kalangan kita yang berpuasa sunat pada Hari Arafah sebagai untuk mengamalkan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Semoga kita sentiasa mengamalkan sikap suka berkorban untuk kebaikan demi kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di Akhirat kelak.

Selain itu juga saya ingin mengambil peluang ini untuk memohon jutaan kemaafan kepada kalian atas segala kesalahan dan kesilapan yang pernah saya lakukan selama ini.

Salam Aidil Adha dan Salam kemaafaan

Raja Ahmad Kamil Bin Raja Sulaiman
9 Zulhijjah 1429H bersamaan 7 Disember 2008M.

Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” - Bahagian 6

Ketika Aiman hendak beredar dari bilik guru untuk pulang ke kelasnya,Teacher Amelia memanggilnya secara tiba-tiba.

"Teacher dengar kata kamu bakal memberikan ceramah tentang Matem atik Tambahan kepada para pelajar tingkatan 3 dalam program lepasan PMR nanti.Betul ke?", tanya Teacher Amelia.
"Ya, betul.Ada pelajar tingkatan 3 yang memberitahu teacher ke?Saya bukannya ada menyebarkan hal tersebut kepada ramai orang melainkan kepada beberapa orang pelajar tingkatan 3", jawab Aiman.
"Diorang tidak memberitahu teacher.Sebaliknya teacher dapat tahu ketika mesyuarat guru berkaitan program lepasan PMR semalam",kata Teacher Amelia.

Sometimes

Sometimes
I think I would like to express my feelings
Until I realize that
I should think of the effect of the action first.

Sometimes
I think I have done my best for myself
Until I realize that
I have ignored myself for the sake of others.

Friday, December 5, 2008

Niat Dan Cara Hendaklah Betul

Oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Soal kejelasan niat dalam sesuatu tindakan adalah rukun utama bagi segala gerakerja. Setelah akidah seseorang itu selamat dan sejahtera, Islam meletakkan syarat utama bagi setiap amalannya pula adalah niat yang betul. Nabi s.a.w bersabda: "Setiap amalan itu hanyalah berdasarkan niat" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka, amalan yang sama dihukum berbeza berdasarkan niat seseorang. Seseorang yang jatuh dari bangunan tinggi kerana tergelincir tidak sama kedudukannya di sisi Allah dengan seorang yang jatuh dari bangunan tinggi kerana ingin membunuh diri. Walaupun barangkali pada zahir mereka yang melihat mayat itu menyangka sama, di sisi Allah berbeza.

Adapun yang tergelincir dimaafkan Allah dan mungkin mendapat pahala jika dia berada di atas bangunan itu dengan tujuan yang baik, sementara yang membunuh diri telah melakukan dosa yang maha besar di sisi Allah. Namun niat yang jujur itu tidak berpada, jika cara yang dibuat itu tidak betul.

Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” - Bahagian 5

Ketika Aiman berjumpa Cikgu Khairul Anwar, Cikgu Khairul Anwar telah bertanya kepadanya sama ada dia boleh memberikan ceramah tentang subjek Matematik Tambahan kepada para pelajar tingkatan 3.

"Hmm.. Boleh tu Insya ALLAH memang boleh . Tetapi saya terfikir-fikir ramai dalam kalangan diorang akan kata saya cuba hendak mengganggu hidup diorang pula", kata Aiman.
"Kenapa kamu hendak peduli akan kata-kata diorang pula? Kita memang tidak boleh hidup tanpa orang mengata pada kita", balas Cikgu Khairul Anwar.

"Memanglah. Tetapi saya khuatir dengan adanya rasa tidak senang hati tu, ramai yang akan tidak hadir semasa Bengkel Kecemerlangan Matematik Tambahan tu. Jadi apa gunanya kita adakah program tersebut", kata Aiman.

Thursday, December 4, 2008

Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” - Bahagian 4

Yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Cuti persekolahan pertengahan penggal 2 pun bermula. Aiman yang agak gembira kerana cuti ini dapat memberikannya peluang untuk menenangkan fikirannya yang dibebani dengan pelbagai hal, tiba-tiba menerima panggilan daripada Ustaz Azwan.

"Assalamu'alaikum, Aiman. Ustaz nak tanya kamu ni. Kamu ‘free' tak hari ini?", tanya Ustaz Azwan kepada Aiman.
"Wa'alaikumussalam. Hmm.. Entahlah. ‘free' la juga. Mengapa, ustaz"?, tanya Aiman.
"Begini, kamu nak tak sertai bengkel para pelajar tingkatan 3 seperti yang pernah diadakan pada bulan Mei dulu?", tanya Ustaz Azwan.
"Hmm.. Bukannya saya tidak mahu menolong cikgu-cikgu dengan menyertai bengkel tersebut tetapi uztaz faham-faham sajalah apa yang telah berlaku antara dengan diorang. Saua tidak mahu kehadiran saya nanti tidak akan menyenangkan hati diorang. Tetapi saya nak minta tolong ustaz sikit boleh tak? Saya nak minta tolong ustaz berikan kertas soalan peperiksaan percubaan PMR kepada Muhammad Amir Asyraaf, pelajar tingkatan 3 Abu Bakar", kata Aiman.
"Boleh, tiada masalah. Kejap lagi ustaz singgah di rumah kamu ketika dalam perjalanan ke sekolah", jawab Ustaz Azwan.
"Terima kasih banyak-banyak ustaz. Maaflah kerana menyusahkan ustaz pula",kata Aiman.
"Sama-sama", balas Ustaz Azwan.

Wednesday, December 3, 2008

Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” - Bahagian 3

Selepas urusan Aiman berkenaan cadangan program lepasan PMR dirasakannya sudah selesai,
Aiman pun pulang ke kelasnya.Namun setibanya di kelas dia berasa pelik melihat riak wajah Khairul yang agak pelik seperti ada sesuatu yang ingin diluahkan kepadanya.

"Kenapa dengan hang ni, Khairul?",tanya Aiman.
"Kenapa Cikgu Khairul Anwar hendak berjumpa dengan hang?", tanya Khairul pula.
"Hmm.. ia berkaitan dengan cadangan bagi program lepasan PMR", jawab Aiman.
"Kenapalah hang rajin sangat tolong cikgu dalam hal ini? Kenapa cikgu tidak meyelesaikannya sendiri?", balas Khairul.
"Hmm..Aku cuma ingin membalas jasa guru-guru yang pernah mendidik dan mendorongku. Memanglah Cikgu Khairul Anwar tidak pernah mengajar kita tetapi dia pernah memberikan kita ceramah motivasi semasa kita di ambang menduduki PMR pada tahun lepas.Lagipun cikgu memang sibuk dengan pelbagai hal lain.Jadi aku hendak membantu meringankan bebannya.Kita belum pernah menjadi seorang guru memanglah kita tidak mampu berasa kesibukan seperti yang dialaminya",balas Aiman.
"Erm..baiklah kalau begitu. Hang jangalah terlalu menolong orang sangat sehingga mengabaikan diri sendiri dan pelajaran pun terjejas",nasihat Khairul.
"Baiklah sahabatku yang baik hati atas nasihatmu yang berharga tersebut",kata Aiman.

Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” - Bahagian 2

Ketika Aiman, Faiz dan Khairul hendak keluar dari kelas mereka untuk pergi ke bilik guru, datang seorang pelajar tingkatan 2 bernama Mukhlis dan mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan Aiman.
"Abang, Cikgu Khairul Anwar hendak berjumpa dengan abang sekarang", kata Mukhlis.
"Ok. Terima kasih atas maklumat tersebut. Dia berada di bilik kaunseling ke?", tanya Aiman.
"Ya, Cikgu Khairul Anwar berada di bilik kaunseling", jawab Mukhlis.

Lantas Aiman pergi ke bilik kaunseling untuk berjumpa dengan Cikgu Khairul Anwar.

Monday, December 1, 2008

Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” - Bahagian 1



Setelah beberapa peristiwa yang pasti tidak akan dilupakan oleh Ahmad Aiman yang berlaku dalam kehidupannya, bagi Aiman dia tidak pernah berasa serik untuk melakukan kebaikan terhadap semua orang dalam hidupnya termasuklah para pelajar tingkatan 3 di sekolahnya meskipun tindakannya itu dipandang serong oleh orang lain.

Sahabat-sahabat Aiman pula menasihatinya supaya menjauhkan diri daripada para pelajar tingkatan 3 setelah apa yang berlaku.