Thursday, August 20, 2009

Drama "Roda Kehidupan 2" - Episod 1

Selepas Aiman meninggal dunia, Asyraaf mengambil kesempatan untuk melihat dan meneliti barang kepunyaan Aiman di rumah Encik Abu Bakar dan Puan Asma’ setelah pemergian Aiman bagi mengubati rasa sedihnya itu.Semasa melihat barang-barang tersebut, Asyraaf ternampak sepucuk surat berbunyi,
“Aku tidak tahu kenapa aku tulis surat ini..yang pastinya aku tulis surat ini kerana hatiku tergerak untuk menulis semua ini..aku berasa hayatku sudah tidak panjang lagi..aku pun tak tahu kenapa tetapi itulah yang bermain dalam fikiranku sejak akhir-akhir ini..namun aku tak mahu beritahu sesiapa kerana aku khuatir apakah yang mereka akan kata atau fikir pasal aku..kalau aku tak beritahu pun tiada masalah..soal kematian semuanya di tangan ALLAH..apabila saatnya sudah tiba, mahu tak mahu aku akan tetap mati.Naluriku cukup kuat menyuruhku berjumpa insan yang aku sayangi iaitu Asyraaf dan meminta maaf kepadanya atas perbuatanku menjauhkan diri daripadanya..aku akan lakukannya.Bagi sesiapa yang membaca suratku ini mungkin aku sudah meninggal dunia.Harapanku kepada yang membaca surat ini cuma satu.tolong sampaikan kepada semua insan yang mengenaliku bahawa aku mohon jutaan kemaafan atas segala kesalahanku kepada mereka selama ini....doakan kesejahteraanku di Akhirat..



Ahmad Aiman Bin Abu Bakar"

Airmata Asyraaf berlinangan semasa membacakan surat tulisan abang kandungnya yang telah meninggal dunia.Selepas itu, datang emaknya ke bilik Aiman itu.

Mak Asyraaf: Asyraaf, mak faham Asyraaf sedih atas pemergian Abang Aiman.Kita pun tak buat tahlil atas pemergiannya sebab arwah Abang Aiman  pernah beritahu Puan Asma’ bahawa kalau dia mati semasa dia masih muda dia tak mahu keluarganya buat majlis tahlil.Mak pun tak faham kenapa..

Asyraaf: Oh..Asyraaf bukannya kisah mak dengan ayah buat majlis tahlil tu ke tak..memang arwah abang pernah cakap dengan Asyraaf pasal tu.

Mak Asyraaf: Dia beritahu tak kenapa dia tak mahu kita buat majlis tahlil tu?

Asyraaf: Arwah abang kata amalan tu bukannya menuruti sunnah Rasulullah S.A.W pun bahkan ada ulama’ yang mengatakan amalan tu adalah bid’ah.

Mak Asyraaf: Oh begitu..sebaiknya kita ikut sajalah apa kehendak arwah abang kesayangan Asyraaf tu erk.

Asyraaf: Mak cuba baca surat yang arwah abang  tulis sebelum meninggal dunia..

Emak Asyraaf pun membacanya dan menitiskan airmata semasa surat tersebut.

Mak Asyraaf: Dari mana Asyraaf jumpa surat ini?

Asyraaf: Asyraaf jumpa jumpa surat ini di dalam laci meja tu semasa Asyraaf melihat barang-barang kepunyaan arwah abang.

Kemudian datang Puan Asma’ ke bilik tersebut juga dan turut membaca surat tersebut sambil menitiskan airmata juga.

Puan Asma’: Tak sangka Aiman dah tahu ajalnya sudah hampir tetapi tak beritahu kita.Patutlah kelakuan dia pada hari kematiannya memang aneh dan membuatkan saya hairan.

Mak Asyraaf: Oh..betul ke?Itulah..kita tak tahu tanda-tanda kematian ini.Apabila sudah meninggal dunia baru kita sedar tanda-tanda tu.

Puan Asma’: Asyraaf jangan sedih melampau sangat tau..mesti teruskan hidup dan belajar bersungguh-sungguh.Tahun depan kan nak duduki SPM..so bagi dapat straight A1.Mesti arwah abang gembira tengok kejayaan Asyraaf.

Asyraaf: Insya ALLAH, Asyraaf akan buat yang terbaik untuk SPM bagi menggembirakan ibu bapa, guru-guru, Abang Aiman dan semua kawan.

Mak Asyraaf: Ha..baguslah.Macam itulah anak kesayangan mak.

Keesokan harinya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ibnu Taimiyah, Faiz dan Amar pergi ke kelas 4 Ali untuk berjumpa dengan Asyraaf.

Asyraaf: Hmm..kenapa abang nak jumpa saya?

Faiz: Sebenarnya kami nak tanya anta berminat tak untuk menjadi pengawas sekolah?

Asyraaf: Jadi pengawas sekolah? Kenapa tiba-tiba pula ni?

Amar: Kami tahu hang layak jadi pengawas sekolah...tapi dulu kan aku tak suka dengan hang so apabila arwah Aiman cadangkan agar hang dicalonkan untuk menjadi pengawas sekolah, kami menolaknya dengan mentah-mentah.

Asyraaf: Ana tak rasa pun ana layak jadi pengawas sekolah..

Faiz: Ala..anta janganlah terlalu merendah diri pula.arwah Abang Aiman nak anta jadi pengawas sekolah dan sekarang kami pun nak anta terima tawaran kami ni untuk menjadi pengawas.Kami tawarkan ini pun selepas berbincang dengan Teacher Amelia bukannya pandai-pandai tawarkan pada anta.

Asyraaf: Baiklah..ana terima tawaran abang tu.Ana pun tak tahu nak kata apa..apapun terima kasih banyak-banyak..

Amar: Hang pergilah jumpa Teacher Amelia sekarang di bilik guru.

Asyraaf: Baik..abang.

Lalu Asyraaf pun pergi ke bilik guru untuk berjumpa dengan Teacher Amelia.

Amar: Pandai erk hang cakap sampai dia setuju untuk menjadi pengawas sekolah.

Faiz: Pandai apanya?Aku cakap apa yang aku rasa patut sajalah..

Amar: Yalah...hang cakap pasal arwah Aiman nak dia jadi pengawas sekolah.

Faiz..La..memang betul pun kan arwah Aiman nak adik kesayangan dia tu jadi pengawas sekolah so sebab tu aku cakap.

Khabar tentang Asyraaf yang dilantik menjadi pengawas sekolah cepat tersebar dalam kalangan pelajar tingkatan 4 dan seluruh sekolah amnya.

Anwar: Hang dah dengar ke satu berita panas ni?

Syukri: Berita panas?berita panas apa pula ni?

Anwar: Tu ha..si Asyraaf tak guna tu dilantik jadi pengawas sekolah pula.

Syukri: Apa?Biar betul...dulu kan kita dah sebar macam-macam pasal dia supaya Majlis Tertinggi Jam’iyyatul Muraaqib tu tak pilih dia jadi pengawas.kenapa jadi macam ni pula?

Anwar: Asyraaf tu kan adik kandung arwah Abang Aiman dan selepas kematian Abang Aiman, entah la tiba-tiba saja kawan-kawan dia nak lantik si Asyraaf tu jadi pengawas...

Syukri: Aku rasa kita harus lakukan sesuatu...

Anwar: Lakukan apa?

Syukri: Ada la..balik sekolah nanti aku beritahu..sekarang masa tak sesuai..

Bersambung..........

3 comments:

lily92_ said...

Salam.......
Bestny.....ada smbungan
drama ni.......
=)

admin said...

tapi update utk siri kedua ni agak lambat la.
berbanding siri pertama.
hehe..

lily92_ said...

Lmbat pn xpa, at least
ada dlm blog ni....kih3..
=D