Wednesday, December 28, 2011

Indahnya Sebuah Persahabatan Sejati…

Pertama sekali, coretan ringkas ni tertulis dalam keadaan aku menikmati hot cup tea bersama twiggies, dalam bilik hotel Flemnington, Taiping yang sejuk ni. Hehe.. Bercuti bersama keluarga tercinta di sini. Bukan selalu cuti-cuti 1Malayisa ni. huhu..

Kedua, aku pun tak faham kenapa aku pilih tajuk ni bagi coretan kali ini. Huhu. Ayat tak ketahuan. Tak mengapalah… Itu soal lain. Tajuk memang penting, tapi kandungannya jauh lebih penting!

Alhamduillah, aku baru sahaja selesai menduduki peperiksaan akhir semester,  cuti semester selama lebih kurang 2 minggu. Lama ke? Erm. Entahlah.. Boleh la. Kalau bandingkan dengan cuti semester sebelum ini, kira separuh la. Cuti semester sebelum ini 4 minggu atau sebulan. Tapi yang pastinya, Sabtu minggu depan nak bertolak balik ke kampus dah. Wooo.. terasa dekatnya.

Hari itu, aku menaiki bas untuk pulang ke Perlis pada malam di mana siangnya aku duduki peperiksaan. Semangat betul ye. Hehe. Aku berjumpa dengan sahabatku, Mohd Farid Wajdi Bin Mustafa, yang belajar di Universiti Malaya, tak jauh sangat dengan Pusat Asasi UIAM, Petaling Jaya. Kami naik LRT sekali untuk menuju ke Pudu Sentral. Erk. tak sedapnya nama tu.

Semasa menunggu Farid sampai di stesen LRT Universiti, aku nampak kelibat dua orang berjalan menuju ke sini. Agaknya Farid laa tu. Memang betul rupanya. Ada seorang sahabat dia menemaninya ke sini. Aku ingatkan sahabat dia tu nak balik kampung juga macam kami ni. hehe..

Aku tengok diorang nampak macam begitu rapat, terpancar keindahan sebuah persahabatan sejati di riak wajah diorang. Wohoo.. ayat. Lepas berjumpa dengan dia, aku tanya la roommate ke, dia kata bukan, levelmate. erk.. Duk bilik lain tapi tingkat yang sama. haha.. istilah.

Dia kata lagi, diorang memang sahabat karib. Dia minat sahabat dia tu tak perlulah teman, tapi nak juga teman. Huu.. menarik! hihi.

MasyaAllah.. sesungguhnya insan yang mempunyai sahabat sejati akan terasa betapa indahnya persahabatan yang sejati. Lihat bagaimana Rasululullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam dan Saidina Abu Bakr As-Siddiq Radiallahu ‘Anhu. Juga sahabat-sahabat Nabi yang lain. Kadang-kadang terasa ‘sayu’ membaca kisah mereka.

Persoalan sekarang, adakah kita mempunyai sahabat sejati? InsyaAllah kita akan ada jikalau kita berusaha untuk bersikap sebagai sahabat yang sejati!

Coretan ini diakhiri dengan sebuah kisah yang sangat memberi kesan kepada diriku:

Abu Muslim Al-khaulani(tabi'in) berkata: “Aku masuk ke masjid di Damsyik, tiba-tiba ada seorang pemuda yang tampan, dikerumuni oleh orang-orang, bahkan mereka jika berselisih dalam sesuatu hal maka menyandar pada pendapatnya.”

“Maka aku bertanya tentang pemuda itu. Dikatakan kepadaku, dia Mu’adz bin Jabal radiallahu 'anhu. Maka pada esok harinya aku datang ke masjid lebih awal, mendadak aku lihat dia sudah ada didalam masjid sedang solat, dan setelah selesai sembahyang aku datang memberi salam kemudian aku berkata: Demi Allah, sungguh aku mencintaimu kerana Allah. Jawab Mu’adz: Demi Allah? Jawabku: Demi Allah.”

Maka dia menarik pinggir (ujung) selendangku, supaya mendekat padanya, sambil berkata : sambutlah khabar baik, saya telah mendengar Rasulullah SAW. Bersabda: Allah berfirman:

"Berhak mendapatkan cintaku orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, berhak mendapat cintaku orang-orang yang saling menasihati kerana Aku, berhak mendapatkan cintaku orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, berhak mendapatkan cintaku orang-orang yang saling membei kerana Aku, mereka berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya."

-- Hadis Riwayat Ibnu Hibban, disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib Wa Tarhib, no 3019 ---

Smile

No comments: