Tuesday, December 13, 2011

Jangan Berbicara Tentang ‘Politik’!

image

Ada seorang sahabat mengungkapkan kata-kata yang lebih kurang begini: “Tak best la ‘post’ benda2 yang tak ada kaitan dengan kita ni kan. Rasa tak ada guna je!”. Tatkala aku membacanya, aku masih terfikir, apa maksud tersirat daripada apa yang dikatakannya?

Aku meneka dia maksudkan ‘politik’. Aku bersikap ‘diam’ dan tidak komen apa-apa, hanya tengok komen orang lain. Sehingga ada seorang berkata, “Isu semasa kenalah ambil tahu. Jangan hidup umpana katak di bawah tempurung”. Komen itu membuka ‘pekung’ sebenar apa ‘motif’ post berkenaan apabila dia membalas “Ya la, tapi tak naklah isu yang boleh memecah belahkan kita kan...tak nak isu sensitif la”.

Tambahnya lagi, “contoh yang paling ketara adalah politik. Well.. semua orang ada pendapat masing2. Tapi jgn sampai sebab benda macam ni kita boleh bergaduh. Jangan sampai orang melayu sendiri berpecah belah dan bangsa lain asyik ketika melihat kita”.

image

Ingin ku kongsikan komentar peribadi aku terhadap hal ini. Sebagai sebagai seorang yang mempunyai tahap kefahaman agama yang baik, sepatutnya kita kena pratikkan akhlak yang selaras dengan tuntutan agama. Itu mesti jadi keutamaan! Biar orang nampak orang ‘kuat agama’ jauh lebih matang dan berilmiah dalam 'berpolitik' atau berbicara tentang 'politik’.

Soal ‘perpecahan’ yang timbul sebab ‘politik’, suka ingin saya timbulkan persoalan. Apakah maksud 'pecah belah'? Bagi saya, ia terlalu subjektif dan relatif. Adakah ia bermaksud bermusuh sampai sambil 'memburukkan' satu sama lain, 'maki hamun' dan 'cerca mencerca' sehingga tak ada ruang untuk bekerjasama dalam urusan agama? Atau berbeza pandangan dan 'ideologi' yang jadi pegangan atau berbeza 'kumpulan' dalam 'politik, tetapi tetap bersatu atas aqidah yang satu dalam urusan agama?

Hakikatnya kedua-duanya wujud, cuma mana satu yang kita pegang? sendiri jawab la! hehe..

Kaum lain seperti kaum Cina dan India, walaupun mereka berbeza ‘ideologi’ dan ‘pandangan politik’, ia tidak memutuskan ‘tali persaudaraan’ dan ‘semangat perpaduan’ dalam kalangan mereka. Berbeza dengan sebahagian orang Melayu Muslim, mereka mencampur adukkan semua ‘isu’ menjadi satu, dan sikap kurang matang menyebabkan berlaku krisis ‘perpaduan’ dalam sebahagian orang Melayu Islam pada hari ini.

Timbul pula orang yang berkata, “Kita sepatutnya elakkan diri berbicara pasal politik sebab ia buat kita bergaduh. Prevention is better than cure, right?

image

Amboi.. sedap ‘kaedah’ yang digunapakai. Hoho.. Oklah.. Kalau nak guna 'kaedah' tu, kita jangan ada akaun Facebook, Twitter dsb. Sebab ia boleh membawa kepada 'pergaulan bebas' termasuk timbul unsur negatif dalam 'diri'. Sebab Facebook la ada pasangan bercerai.. Sebab Facebook orang bergaduh, bukan sebab politik je. Macam2 lagi ada!

Sebab agama pun apa kurangnya. Yang sesatkan, maki hamun, malah ada kafirkan. Sama ada kita sedar ataupun tidak. Maka, bab agama juga tak boleh 'dibicarakan' sebab kalau 'berselisih' dan masing2 ada ego, lagi dahsyat 'perpecahannya'. So tak perlu ada akaun Facebook dsb la, kalau ikut kaedah yang disebutkan.

Tapi memang pelik laa kalau begitu. Sebab persoalannya sekarang, bagaimana kita 'jaga' keperibadian, sikap, tingkah laku dan percakapan kita. Dalam bab apa pun boleh je nak gaduh, cuma yang selalu orang nampak bab politik je. Padahal dalam bab agama pun tak kurang 'hebatnya'!

Biasanya ‘pergaduhan’ berlaku dek ‘keegoaan’ dan ‘ketidak terbukaan’ kita dalam ‘berbicara’ dan ‘berbahas’ tentang sesuatu. Masing2 nak pertahankan ‘hujah’ dan ‘pendapat’ masing-masing. Tak boleh nak terbuka walau sikit untuk terima pendapat orang lain walaupun mungkin bagi kita ia tak berapa relevan, bagus lagi pendapat kita. Juga perkara seperti ini berlaku sebab kita suka berbicara tentang ‘orang’ dan fokus kepada itu.

image

Duhai insan yang kerdil, berbicaralah tentang ‘politik’ dengan lebih matang dan berilmiah sambil memohon perlindungan daripada Allah daripada ‘persengketaan’, berbincang tentang ‘idea’ bukan ‘masalah orang politik’ semata-mata. Kalau timbul ‘persengketaan’, kita cuba ‘leraikan’ dengan nasihat dan tegur. Kalau kita terlibat, berusahalah sebaik mungkin untuk menanganinya dengan penuh berhikmah.

Berbicara tentang politik bukan bererti kita berminat menyertai parti politik dan berpolitik secara langsung dan terbuka. Tidak begitu ramai sebenarnya mahasiswa yang ‘berminat’ untuk menceburi bidang politik secara langsung. Majoriti hanya suka jadi ‘pemerhati’ dan mengulas isu semasa. Setuju tak? Haaa… Saya salah seorangnya!

Malah, perkara ‘pokok' yang harus diberi perhatian dan tak dipandang remeh ialah politik diri kita dalam menguruskan kehidupan kita. Itu juga politik! Jangan sempitkan ‘konteks’ politik itu sendiri. Tak mengapalah.. ini sekadar tambahan. Huhu..

Mengakhiri coretan kali ini, hayati kata-kata yang pernah dicoretkan sebelum ini:

“Great mind talks about 'ideas', poor mind talks about 'people’”

Semoga Allah Ta’ala senantiasa merahmati kita dan pastinya mengampuni keterlanjuran kita dalam urusan hidup di dunia yang sementara ini.

Smile

No comments: