Sunday, October 7, 2012

My First Month in Kuantan…

Aha! Akhirnya post yang dinanti-nantikan ramai berjaya disiapkan! Hoho.. Ayat hiperbola. Sepatutnya post ni published pada 4 Oktober, tapi disebabkan 2-3 hari lepas agak sibuk(sibuk la kononnya), maka terpaksa ditangguhkan. He. Mula2 nak taip in English, tapi mood malam ni nak guna bahasa kebangsaan pula.

4 September – 4 Oktober 2012: Walaupun hanya sebulan, tetapi banyak pengalaman, memori dan kenangan yg terpahat. Aku takkan ceritakan secara details, pastinya akan diceritakan kisah utama dan ‘dipadamkan’ apa yg kurang perlu diceritakan.

Aku cuba cerita ikut kronologi tarikh, tapi mohon maaf kalau nampak agak berserabut ye. Pastinya point yg nak ditaip ini dah ditulis dalam kertas terlebih dahulu! Huhu..

615107_4029169880713_1575716399_o

Hari2 awal di Kuantan agak letih terutama semasa Ta’aruf Programme yg bermula seawal jam 5 pagi sehingga 12 tengah malam. Mana tak penatnya! Tapi lega.. ia cuma dua hari setengah. Perasaan semasa pendaftaran sangat berbeza dengan semasa CFS dulu yg mana boleh kata ramai dalam kalangan students tu my buddies.

Hmm.. Dengan cara yg tak demokratik atau ‘adil, aku ‘dilantik’ sebagai leader of CTS students batch 121. Tapi tak pe lah.. terima jelah. (Teringat Dr Ismael Abu Jarad pula. Siapa dia? Jeng3…)

Lepas tamat Ta’aruf Programme, malamnya aku dan beberapa orang sahabat dibawa untuk beraya di rumah Pak Cik Husni, iaitu salah seorang orang kuat IKRAM Pahang. Keesokannya, ada sesi fotografi untuk smart card a.k.a matric card, malamnya jamuan raya IKRAM Pahang, esok tu ada Surau Terbuka di Indera Mahkota 8. Best jalan2. Jauh perjalanan, luas pandangan, kan?

331445_4051997251383_927903147_o

Sehari sebelum kelas bermula, aku bersama Nidje, Syafiq, Amin dan Izham keluar shopping di The Store, then pekena Ayam Penyet. Agak mahal..tapi tak pe..sekali sekala, entah2 sekali je p seumur hidup. haha..

10 September 2012 – Bermulalah kelas. Tapi awal pagi tu daftar subjek dulu. Sem ni ambil 7 subjek. Number Theory, Calculus 1, Analytic Geometry, Computer in Science, Principles & Practice of Management, Islamic Worldview dan Study Circle 2. Banyak tak? Bagi aku agak ok je.. Tapi bagi students ‘bermentaliti’ CFS, mesti kata “pergh..banyak gila!”

Masa awal2 belajar Number Theory, rasa macam masa awal2 belajar Additional Mathematics form 4 dulu. Berasap kepala rasa! Haha.. Alhamdulillah, sekarang ni rasa better la. Masa 1st week ni naik shuttle bus untuk ke kelas. Dek nak kena fit jadual bas dan jadual kelas, agak kelam kabut la jadinya.  Masuk 2nd week, aku duk tumpang motosikal classmate, Muhaimin. So beli la helmet. Ok sikit la jadinya. Terima kasih Min atas kesudian tumpangkan aku!

295296_4063759265426_849215269_n

Weekend 1st week tu aku ‘balik’ KL. Naik kereta bersama Muaz Zulkhairi, Syed Hisyam dan Hakim Bakri. Agak best la sebab ni 1st time kot, masa CFS dulu mana ada macam ni. Hee.. Keesokan harinya aku ke CFS IIUM PJ, ziarah sahabat2 kat sana. Alhamdulillah, dapat jumpa Madam Rohani Amat & Sir Izzuddin Sidek selain Zaki, Najmuddin, Forp Syamil, Azfar, Arif Arial, Syahir Zaidon, Abdul Wahid, Azzan Aznan, Ali Hadi dan lain-lain. Tak teringat la semua.

Ali Hadi ajak aku join program PRESSS “A day with orphans” kat Rumah Bakti Mawaddah Wa Rahmah yg aku pernah p bulan 3 dulu, tapi tak kesampaian atas sebab2 tertentu. Sehari sebelum balik Kuantan, aku terbaca post Bro Sharif Ahmad(Vice president 1 SRC IIUM 2010/2011) di Facebook berkenaan volunteers diperlukan untuk menjayakan program Talk Dr Zakir Naik pada 5 Oktober.

324395_4056899933947_568823784_o

Jadi, aku pun join selain Nidje, Baasit, Ibrahiim, Fadil, Yazid dan lain2. Meeting setiap hari selasa, agak rushing la sebab kelas habis pukul 5, terus solat asar dan gerak ke bangunan PERKIM. Sebelum berlangsungnya program ni, volunteers dari IIUM Kuantan ambil inisiatif buat program untuk promote talk ni katTeluk Chempedak pada 22 September, yg pada hari yg sama ada program BTN a.k.a seminar kenegaraan pada paginya dan petangnya first class untuk Principles & Practice of Management.

Ingat tak nama Dr Ismael Abu Jarad yg aku sebut awal tadi? Beliaulah lecturer bagi subjek ni. MasyaAllah…awesome! Berasal dari Palestin, seroang yg sangat berdisiplin, caring dan inspiring. BTN tu malas nak ulas la, masing2 boleh fikir kan. Hehe…

335586_547472215279104_1955764215_o

Program promote kat TC tu mainly open show daripada students IIUM, juga KIPSAS dan audience kat sana yg nak buat show. Diselitkan video promotion untuk talk tu. Sambutan sangat menggalakkan, cuma momentum program tak maintain, akibatnya last performance qasidah macam tinggal audience dari IIUM je. Huhu..

Aku ditugaskan sebagai usher selain ‘dilantik’ sebagai PIC untuk transportation students IIUM yg nak naik bas ke talk ni. Yg sedihnya, ada salah faham berlaku yg akibatkan pengurusannya agak kelam kabut pada hari program. Agak pening kepala dengan dua tugas ni. Pening tapi best actually! Dapat pengalaman baru woo. Dapat explore office kat IIUM Kuantan ni especially office of campus director yg … isi tempat kosong. Ok..malas nak cerita pepanjang. huhu..

20 September 2012: Gathering of Sciencess Students(GASS). Ni nak perkenalkan Sciences Students Society kat Kulliyyah of Science students. Juga ada sharing moments by seniors. Lepas dengar cerita daripada diorang, aku dah buat keputusan ‘muktamad’ untuk ambil concentration in pure mathematics & minor in education. Ok tak? Tak?

Ok…banyak lagi nak cerita ni la. Kena summarize la nampaknya. Mata dah agak mengantuk ni. Koh koh koh..

194671_4128369880651_739324715_o

Faster.. faster.. Emm.. 27 September, naqib usrah under SCIENCESS bawa ktorg ke Teluk Chempedak. Sakan bebenor.. nak makan angin sambil release stress katanya.. Stress ke? Haha.. no comment. Lepas tu dibawa ke Terminal Satay Zul kat Jalan Alor Akar, seniors belanja. Sedap woo especially satay kambing. Padahal sebelum tu baru iftar dengan nasi arab dan kambing. Malam kambing jadinya. Hee.

615096_487487601276269_476500937_o

Keesokan harinya, hari yang ditunggu2. Gapo dio? Appreciation Night for CFSIIUM Ta’aruf Programme 2012/2013 committee members. Dapat p ke CFS PJ lagi! Yeay! Tapi..agak penat la sebab pergi balik hari. Alhamdulillah…seronok sangat dapat jumpa sahabat2 lama terutama dari Programme Coordination bureau, Aiman, Danash, Zaki, Shafizal, Iman, Mael, Diba, Nabila dan lain2.

Ok..minggu ni la minggu paling sibuk aku rasa la, sebab ada je aktiviti waktu malam, dengan program “Ka12en(Kaizen12) Family Outing” iaitu program batch ktorg kat Taman Tasik Bandar, juga meeting dan final touch untuk talk Dr Zakir Naik, selain Halaqah mingguan under IKRAM.

133732_504016496275282_1532819730_o

Selain itu, ‘isu’ yang menarik perhatian negara – Pilihan Raya Kampus, tak dapat dilupakan. Dapat berasa 2 cara mengundi : manual dan e-voting. First time mengundi dah dapat berasa dua2. Best woo.. Walaupun ramai yg geram termasuk aku , dengan pembatalan keputusan PRK 25 Sept lepas, tapi banyak hikmah tersirat. Dapat kupon makan lepas undi sangat menggalakkan students untuk keluar mengundi pada kali pertama. Ngee…

Hmm.. Agak sedih juga dengan gejala fitnah dan provokasi melampau sesetengah pihak menjelang PRK baru2 ni. Sangat menjijikkan!

339863_158826277591946_599943453_o

Aku dapat message beberapa hari lepas daripada committee PRESSS kat CFS PJ, mohon aku cari committee dari IIUM Kuantan untuk collaborate SCIENCESS/PRESSS bagi education trip minggu depan. Aku cuma mampu kata “insyaAllah, minggu depan paling cepat ana mampu bagi”. Baru teringat pasal ni tadi. Ahah!

Bagi menutup post yg pendek ni, aku nak summarize post ni dengan beberapa perkara.

First, Study. Alhamdulillah, overall ok. Cuma dari sudut pembahagian masa untuk study masih perlu diperbaiki. Nak jadikan alasan kononnya sibuk untuk tak study sangatlah tak munasabah. Lecturers mantop2 belako.. Multiracial. Ada Chinese, Algerian, Malay, Indonesian & Palestine.

Secondly, barang & makanan. Allahu Akbar.. Mahal kot barang2 kat Kuantan. Misteri yg tak terungkai walaupun setelah disiasat. Makanan punya la mahal. sesetengah tempat tu mengalahkan KL. Saboo je la. Kena pandai2 bajet duit. Kan belajar management. hehe..

Thirdly, environment. Alhamdulillah.. sangat baik. Rasa tenang. Masalah sosial pun kurang. Cuma..kampus kelihatan sangat lengang. Macam tak ada orang je. Tak nampak kesesakan dan kesibukan orang dalam kampus. Ada orang ke tak ni? Keh keh.

Last but not least, life. Dek adanya dryer machine kat sini, aku jadi pemalas untuk sidai baju. Setiap kali basuh mesti guna mesin tu. Life kat sini sangatlah berbeza dengan CFS dulu, tak tahu yg baca ni perasan ke tak. Compartment aku tak dapat wifi IIUM-Community, kalau dapat pun signal poor, jadi terpaksalah subscribe Maxis Broadband.

Terlintas di fikiranku untuk lepaskan jawatan “batch leader” atas beberapa faktor dan perkara. Maka terkeluar la status Facebook aku:
Decision making is extremely important. The ideal one is without rushing & being emotional but thinking critically. Otherwise, we may regret later.”

290486_442692049111115_2062874887_o

Maaf kalau rasa post ini tak bermanfaat atau kurang ibrah. Sebab memang aku rushing siapkan post ni. Kalau tak publish hari ini, entahlah bila aku nak publish.

Semoga Allah Ta’ala senantiasa rahmati dan berkati kita.

Akhir kata, satu persoalan yg mungkin selalu bermain dalam fikiran kita: “Best ke sibuk? Tak letih ke?”. Respons mudah: “Bergantung kepada niat. Jikalau niat betul, memang letih dan penat lelah tapi rasa seronok. Erti hidup pada memberi”

Smile