Monday, September 22, 2008

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 1

Para pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ibnu Taimiyah akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini. Di dalam kelas 3 Abu Bakar, berlaku perbualan antara para pelajar kelas tersebut kerana guru tidak masuk ke kelas mereka pada waktu itu.

Akmal: Rasa macam tak percaya kita dah masuk tingkatan 3. Rasa macam baru masuk ke sekolah ni. Sungguh cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah berkahwin dan mempunyai anak pula.

Aiman: Ish.. hang ni. Sampai ke situ pula jadinya. Baru berada di tingkatan 3, dah cakap bab kahwin pula. Tapi memang rasa masa cepat berlalu. Sekarang ni memang rasa PMR lambat lagi, tengok-tengok esok dah nak PMR. Huh.. Risau juga nak menduduki PMR ni.
Amar : Korang berdua sedang bersembang tentang apa ni? Boleh aku tumpang sekaki sama?
Aiman : Kami sedang bersembang tentang masa yang cepat berlalu ni dan PMR yang dah semakin dekat. Jomlah sembang sekali. Hmm.. Kenapa Teacher Amelia tak masuk kelas ni? Tak syok la tak belajar matematik.
Akmal: Mentang-mentang dia pandai matematik, bukan main bersemangat nak belajar matematik. Hmm.. La..hang tak tau ka Teacher Amelia baru sahaja bersalin malam tadi? So far belum ada guru yang nak menggantikan dia. Kena tunggulah guru ganti datang.
Amar: Yeke? Aku tak tau pun. Patutlah aku cari dia di bilik guru tadi nak tanya soalan matematik tapi tak jumpa pun.
Akmal: La..kenapa tak tanya sahabat kita yang pandai matematik ni? Dia kan ada dan bersedia untuk membantu setiap masa. Betul tak kawan?
Aiman: Yalah tu. Macam nak menyindir aku ja. Tak apa. Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas.
Akmal: Ala..relaks la wei. Aku melawak ja. Jangan ambil hati ek.
Aiman: Tak apa. Aku tak mau ambil hati, nak ambil perut. Haha..
Akmal: Buat loyar buruk pula ek.

Perbualan mereka terhenti apabila guru memasuki kelas mereka. Semasa waktu untuk menunaikan solat zohor berjemaah di surau sekolah, Adam sedang berjalan menuju ke tempat mengamil wudhu'. Dia ditakdrikan terdengar perbualan sekumpulan pelajar di pondok berdekatan surau.

Hakimi: Wei.. macam mana plan kita petang ni nak belasah Aiman tu. Aku dah tak sabar nak belasah dia. Dia tu memang suka sangat cari pasal dengan kita. Padahal kita tak buat apa pun kat dia.
Hazwan: So far jadi la. Kita tunggu dia di Jalan Kampung Kubur . Dia kan selalu lalu di situ untuk pergi ke perhentian bas.
Hakimi: Alright. No problem.

Adam terkejut mendengar perbualan pelajar-pelajar itu. Dia berasa risau akan keselamatan Aiman. Dia ingin memberitahu Aiman tentang rancangan mereka itu tetapi dia berasa segan untuk bercakap dengan Aiman kerana dia tidak begitu rapat dengan Aiman.

Bersambung.....

No comments: