Tuesday, June 9, 2009

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 29

Asyraaf sememangnya terkejut apabila mendapat tahu dia dikatakan dalang bagi kes Aiman dikerjakan oleh sekumpulan insan pada tempoh hari.

Khairul: Dengar kata hang dituduh menjadi dalang dalam kes belasah Abang Aiman tu.Betul ke?

Asyraaf: Hmm..ya..tadi aku jumpa Sir Ahmad Tarmizi dan sir tanya la aku pasal tu.

Arif: Huh..hairan juga aku macam mana pula hang boleh sampai terbabit dalam hal ini.

Asyraaf: Entahlah….aku pun tak tahu.Mungkin ada orang tak puas hati pada aku..

Khairul: Sabar-sabarlah ye..itulah kehidupan namanya..tak pernah lekang dari dugaan dan ujian.

Hari Raya Aidilfitri kian hampir menjelma.Aiman menerima sekeping kad raya yang dihantar kepadanya.Dia benar-benar terkejut membaca kandungan kad tersebut yang ditulis oleh Asyraaf yang benar-benar membuatkan dia sakit hati.

Mak Aiman: Aik..kenapa baru baca kad tu terus buang?Sepatutnya simpan la buat kenangan..

Aiman: Hmm..tak perlulah mak.buat sampah saja..

Mak Aiman: Marah nampak..kenapa?

Aiman: Tak ada apa-apa la…

Pada suatu hari, Aiman sedang termenung di bawah pohon yang rendang sambil memikirkan tentang dirinya yang dilihat seolah-olah terumbang-ambing dalam bahtera kehidupannya.Tiba-tiba dia ternampak seorang gadis yang mana rupa-rupanya gadis itu ialah Aisyah, sahabat lamanya yang tidak ditemuinya sejak sekian lama.

Aisyah: Assalamualaikum, Aiman kan? Lama tak jumpa..

Aiman: Waalaikumussalam.Ya,saya Aiman.Aisyah kan?Memang lama pun tak jumpa.Awak belajar di mana sekarang?

Aisyah: Ya,saya Aisyah.Sekarang saya belajar di SMK Agama Fatimah Az Zahra’. Awak belajar di SMK Agama Ibnu Taimiyah kan?

Aiman: Ya,tahu pula ek.Hehe..oklah saya minta diri dulu

Aiman telah jatuh hati pada Asiyah dan membuat keputusan untuk meluahkan perasaannya kepada Aisyah. Namun belum pun sempat Aiman meluahkan perasaanya kepada Aisyah, ditakdirkan oleh ALLAH ‘Azza Wa Jalla Aiman ternampak Aisyah sedang duduk berdua-duaan dengan seorang pemuda di sebuah taman.Kejadian itu telah membuatkan emosinya terganggu tatkala peperiksaan Akhir Tahun menjelma.Pada masang yang sama Asyraaf pula menduduki peperiksaan PMR.

Faiz: Macam mana exam setakat ni?

Aiman: Rasanya hancur la..

Amar: Kenapa pula hancur?

Aiman: Aku bukannya ulangkaji pun untuk hadapi peperiksaan kali ni.

Adam: Kenapa hang tak ulangkaji pula?Ada masalah ke?

Aiman: Hmm..memang ada tapi tak mengapalah korang tak perlu tahu.

Adam: Ala…beritahu sajalah..kami kan kawan hang..janganlah berahsia dengan kami pula.

Sementara itu peperiksaan PMR pun berakhir setelah berjalan selama 5 hari.

Asyraaf: Hmm…aku tak tahulah macam mana keputusan aku nanti..

Arif: Insya ALLAH hang mesti boleh dapat 9A..walaupun percubaan dulu cuma dapat 5A.Tapi aku memang sedihlah datuk aku meninggal dunia di saat aku nak duduki PMR.seperti satu kejutan buat aku..

Asyraaf: Boleh ke dapat 9A? Aku rasa tak boleh la..Hmm..dugaan hidup dikatakan.Mesti ada hikmah di sebaliknya..

Khairul: Kenapa tak boleh? Abang Faiz yang tingkatan 4 sekarang ni dapat 9A dalam PMR padahal percubaan cuma dapat 2A..hang dapat 5A takkan tak boleh..Abang Aiman pun dapat 6A dalam percubaan bukan dapat 9A tapi dalam PMR dapat 9A juga..

Asyraaf: Insya ALLAH mudah-mudahan bolehlah dapat 9A…tapi yang penting dapat kekal di sekolah ni dan ambil aliran sains tulen tahun depan.

Arif: Hang tak bercadang nak pindah sekolah ke tahun depan?

Asyraaf: Rasanya tak pindah..lagipun sekolah ini pun sudah baik..buat apa pergi sekolah standard tinggi sangat buat pening saja.

Arif: Aku berhajat nak pergi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek di Terengganu..

Khairul: Oh..sekolah tu memang terkenal la.memang bilangan pelajar yang dapat straight A’s PMR sekolah tu ramai.

Pada malam tersebut, Aiman mengenangkan apa yang telah berlaku pada dirinya selain memuhasabah dirinya dan merintih kepada ALLAH ‘Azza Wa Jalla.Akhirnya, Aiman sedar bahawa dia telah membiarkan rasa sedih dan kecewa menguasai dirinya sehingga menyebabkan pelajarannya terganggu. Kini Aiman berazam untuk menjawab dengan sebaik mungkin bagi kertas-kertas peperiksaan bagi minggu terakhir ini dan menjadikan perkara ini.

Aiman juga sempat berhubung dan bersembang dengan Akmal yang kini belajar di KISAS yang sudah lama mereka tidak berjumpa dan dia menceritakan apa yang sudah terjadi sepanjang tahun selepas berpindahnya Akmal ke KISAS.

Akmal: Huh..tak sangka betul macam-macam yang berlaku selepas aku pergi ke KISAS.

Aiman: Aku sendiri pun tak sangka semua ni akan berlaku..

Akmal: Tahun lepas hang ok saja..tak ada masalah..masuk tahun ini macam-macam pula yang berlaku.Kesian pula aku tengok hang mempunyai pelbagai masalah.

Aiman: Hmm..terima kasih atas keprihatinan hang.

Beberapa hari sebelum Bengkel Kecemerlangan Matematik Tambahan diadakan, Cikgu Khairul Anwar memanggil Aiman.

Cikgu Khairul Anwar: Cikgu rasa bengkel tersebut mungkin perlu dibatalkan atau ditunda ke hari lain.Hal ini kerana karnival kokurikulum akan diadakan pada hari tersebut di dewan sekolah.Selain itu terdapat juga pelajar tingkatan 3 yang akan terlibat.

Aiman: Oh, begitu.Tidak mengapalah kalau bengkel tersebut tidak dapat diadakan.Mesti ramai pelajar tingkatan 3 yang gembira dengan pembatalan bengkel ini.Hmm..Kita hanya mampu merancang, ALLAH ‘Azza Wa Jalla yang menentukan.

Cikgu Khairul Anwar: Walau bagaimanapun, apa-apa hal kamu berhubung dengan Cikgu Suzana kerana cikgu tidak akan berada di sekolah sekolah selama beberapa hari pada minggu hadapan.

Aiman: Baik, cikgu.

Di kelasnya, Aiman memberitahu sahabat-sahabatnya tentang apa yang diberitahu oleh Cikgu Khairul Anwar.

Afiq: Adakah ini bermakna aku dan Afiq tidak perlu menjadi fasilitator?

Aiman: Nampaknya begitulah jadinya.

Amar: Baguslah bengkel tersebut dibatalkan.Jadi hang tidak perlu bersusah payah membantu para pelajar tingkatan 3.

Faiz: Aiman, jom pergi jumpa Sir Ahmad Tarmizi berkenaan si ‘Katak Pisang’ yang kutuk hang dalam Friendster dan buruk-burukkan badan pengawas sekolah kita itu.

Aiman: Baiklah…

Bersambung…..

2 comments:

lily92_ said...

Salam.... Bg sy, drama ini mmg mnarik.. Diharapkan pnulisanny dpt dteruskan lg krana sy ign mgetahui pnutup bg jln crita ini...:) Keep it up...all the best....!!..=D

admin said...

Waalaikumussalam.
Terima kasih atas respon tu.
Nantikan episod-episod terakhir drama ni.
Drama ni hanya 40 episod saja.