Di antara bukti bahawa orang yang beriman itu cinta kepada Nabi Shallallahu ‘alaii wa Sallam adalah seagaimana berikut:
1 - Mengimani bahawa Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah benar-benar utusan Allah untuk semua lapisan manusia dan jin.
Katakanlah: “Wahai manusia Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua”. (Surah al-A’raf, 7: 158)
Ibnu Utsaimin berkata: “Dan paling mulianya utusan Nabi Muhammad kerana Rasulullah bersabda: “Aku adalah penghulu keturunan Adam esok pada hari Kiamat” (Hadis Riwayat Bukhari: 4712) dan kerana para nabi solat di belakang Rasulullah pada waktu malam mi’roj (Syarah Lum’atul i’tiqod, 1/136)
2 - Membela sunnahnya.
Kemudian datang kepadamu seorang Rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, nescaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya... (Surah Ali Imran, 3: 81)
3 - Menjalankan seruannya, dengan mengamalkan yang Wajib dan sunnah, serta meninggalkan yang haram dan yang makruh.
Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu... (Surah al-Anfal: 24)
Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab berkata: ‘Adapun makna syahadat “wa ana Muhamaddan Rasulullah” ialah mentaati beliau dalam semua perintahnya, membenarkan semua beritanya dan menjauhi semua larangannya, serta tidak beribadah kecuali dengan syariatnya. (Ushul Tsalatsah, 24)