Wednesday, February 17, 2010

Add Math: Antara Susah & Sikap Kita

Huh..pasti ada yang kata kali ni saya kemukakan tajuk ni sebab saya ni pandai add math...tidak! tidak sama sekali. Saya akui memang saya meminati subjek ni dan alhamdulillah boleh la juga kuasai subjek ni. Namun bukan sebab tu saya nak berbicara tentang tajuk ni.. sebaliknya saya nak merungkai apa sebenarnya masalah di sebalik masalah kebanyakan pelajar dalam mempelajari subjek ni.

http://www.cp1897.com.hk/bookinfo/image/450/9882006256z.jpg

Subjek ni memang diakui ramai pelajar sebagai antara subjek paling susah dan gila. Malah pelbagai gelaran yang diberikan kepadanya seperti ‘killer subject’. Saya tak nafikan memang mempelajari subjek ni begitu mencabar sebab ia menguji kekuatan minda dan psikologi pelajar. Saya sendiri pun ketika mula2 belajar add math selepas PMR dulu pun terasa ‘aneh’ dengan subjek ni..”Eh...subjek apa ni? Betul ke matematik? Tak macam matematik pun...”. Barangkali ada yang terfikir macam tu juga masa mula2 belajar subjek ni juga...Kepelikan yang dirasai tu berterusan untuk beberapa hari, maklum la bab pertama pun memang pelik kan? Function...fungsi? fungsi apa? Alhamdulillah...semakin lama belajar, semakin faham akan apa yang dipelajari diiringi dengan doa dan latihan yang berterusan.

Persoalannya sekarang, benarkah subjek ni memang susah gila? Atau sebenarnya sikap kita yang susah gila nak diubah? Tanya la diri masing2..Saya sendiri pun dah lalui kesusahan belajar subjek ni masa awal2 duilu..tapi lama2 rasa ok. So bermain dalam fikiran saya, “Oh..tak susah mana pun sebenarnya add math ni seperti mana yang banyak orang kata tu..awal2 tu pening juga tak berapa faham”. Sebenarnya, subjek apa pun yang dipelajari di peringkat sekolah, bukan susah mana pun. Bukan pula kata senang! Yang menjadikannya susah gila tu siapa? Sikap kita yang negatif la yang buatkannya terasa susah gila..sudah la negatif, nak ubah pun susah gila. Ye tak?

http://lifehacking.jp/wp-content/uploads/2008/03/study.jpg

Oleh sebab itu, kita tak hairan la ada pelajar yang tuisyen add math saja 4 jam seminggu namum fail dalam exam..eh kenapa pula? Tak cukup ke 4 jam tu? Ni bukan soal cukup tak cukup ya. Pencapaian kita dalam exam bukan bergantung kepada berapa lama kita study, tapi sejauh manakah kesan study tu. Kalau kita study sejam tapi faham sungguh2 lebih baik daripada study 4 jam tapi entah faham ke tak. Antara sikap negatif yang mesti diubah oleh pelajar ialah malas bertanya bila tak faham sesuatu ilmu ataupun tak dapat selesaikan soalan. Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
“Tidak ada ubat bagi kebodohan melainkan bertanya” – Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad

Jadi  tak ada jalan lain kalau hadapi dua situasi tadi melainkan kita bertanya kepada orang yang tahu. Orang yang ditanya pula, jangan buat berlagak pula tak nak tolong ajar orang yang bertanya tanpa alasan yang munasabah.
Dari Abu Hurairah R.A katanya,: “Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
“Barangsiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, lalu ia menyimpannya-yakni tidak suka menerangkan yang benar, maka dia akan diberi kendali – di mulutnya – kelak pada hari kiamat dengan kendali daripada neraka” – Hadis Riwayat Imam Abu Daud serta Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis hasan. ( Kitab Riyadhus Solihin karangan Imam An Nawawi )

Apabila sudah ditanya, maka kenalah faham sungguh2 explaination yang diberikan..kalau tak faham lagi..tanya..tanya dan terus tanya sampai faham..bukan buat2 faham.Buat2 faham pun, siapa yang rugi? Namun, terdapat ramai ‘pemalu’ untuk bertanya. Seolah2 berlagak pandai atau sebahagian pakar motivasi istilahkan sebagai ‘bodoh sombong’. Ingatlah, malu bertanya sesat jalan. Sikap macam ni sangat perlu ditangkis dalam diri kita dalam menuntut ilmu, bukan hanya dalam belajar add math. Walau bagaimanapun, sebagai insan yang lemah kita kena la banyak berdoa kepada ALLAH agar kita mudah fahami ilmu. Oleh itu, tak hairanlah kalau kita susah fahami ilmu sebab kita jauh dengan ALLAH. Siapa kita kalau hidup tanpa ALLAH? Kita ni hebat sangat ke? Kita nak minta tolong dengan ALLAH bila nak exam atau lepas exam saja? Tengah belajar berlagak hebat tak perlukan-Nya? Ketahuilah, kita dapat fahami ilmu, cemerlang dan berjaya dalam hidup atas kurniaan dan izin ALLAH.

http://www.pkp.in/images/a/Never%20Give%20Up.jpg

Satu lagi sikap yang mesti dibuang oleh pelajar ialah putus asa. Apabila ditanya kepada sesetengah pelajar, kenapa malas buat latihan padahal untuk kuasai matematik mesti banyak buat latihan. Apa agaknya jawapan yang diberikan? “Malas laa...kalau buat, semua jawaban mesti salah..tension maa..baik tak payah buat..”. Ramai..ternyata ramai pelajar yang bermentaliti rendah macam ni. Sebelum buat latihan, pastikan kita dah faham betul2 konsep dan ilmu dalam sesuatu topik atau bab yang nak dijawab tu. Bukannya tak faham tapi nak buat latihan. Memang sah la akan salah kesemuanya. Ye tak? Jadi semasa belajar, kena tanya la bila tak faham dan tanya tu sampai faham. Dah faham, baru la buat latihan. Kena rajin buat latihan dan bila selalu salah, jangan putus asa! Mesti think positively. Ambil insiatif tanya orang yang tahu dan pastikan kita faham explaination dia. Tu saja.

Malangnya, ada satu fenomena yang sangat teruk bagi saya yang berlaku kepada ramai juga pelajar . Apa dia? Sudah la tak faham akan apa yang dipelajari, bila diberikan kerja rumah, diorang tiru jawaban kawan2 diorang sekelas kelas yang faham dan dapat jawab. Bila cikgu check kerja rumah diorang, terasa happy go lucky sungguh la sebab pelajarnya faham akan apa yang diajarnya. Namun bila dah tiba exam, meniru dalam exam pula! Bukan semua tapi segelintir saja..yang lain2 yang pening juga tapi tak meniru dalam exam macam mana? Dapat result teruk la...Maka terkejut besar la cikgu yang pada awalnya ‘syok sendiri’ kononnya semua pelajarnya faham akan apa yang diajarnya padahal hanya segelintir saja yang faham. Siapa yang rugi sebenarnya dalam situasi diatas? Cikgu atau pelajar? Lu fikir la sendiri...

http://www.istockphoto.com/file_thumbview_approve/67233/2/istockphoto_67233_success.jpg

Konklusinya, bukannya susah mana pun subjek add math ni..tetapi masalahnya sikap kita dalam belajar tu yang menyukarkan kita untuk kuasainya. Ingat, subjek ni diambilkira dalam pengiraan merit untuk kemasukan ke IPTA bagi pelajar aliran sains. Akhir kalam, semuanya bergantung pada diri kita. Positifkan sikap kita. Jangan biarkan kita terus lemah dalam subjek ni. Usah putus asa dalam menuntut ilmu sebab tu asam garam kehidupan. Mohonlah bantuan ALLAH senantiasa dalam menyusuri kehidupan ni. Insya ALLAH, mudah2han semoga kita berjaya kuasai subjek yang memang menarik ni!

17 comments:

amin said...

assalamualaikom...saya stuju ngn pndngn anda ttg segelintir pljr yg mengangap addmath nie satu subjek yg susah padahal senang je..haha..ramai pljr2 yg mmg suke meniru klu xtau nk wat addmath trmsk aa kwn saya..mereka nie bkn xleh wat tp sikap diorang 2 yg malas,..

Ahmad Kamil said...

Wa'alaikumussalam...segala apa yg dikatakan tu pengalaman sendiri bersama sahabat2 yg mcm2 jenis..huhu...apapun terima kasih atas respon tu.

iera said...

add math??
uishh!
tajuk besh ni!
hehe
btw, mmg killer subjek nie..
cmne eyh law kite adew minat, tp tetp xleyh skor lam subjek ni?
latihan wat slaloo!
bila my exam, hurmm lupa abis!
aduhhh..konpius? asal eyh?

Ahmad Kamil said...

Minat saja tak cukup nak kuasai...kena usaha yg gigih juga..lepas dh faham konsep sesautu tajuk tu, baru byk buat latihan..latihan tu kena buat la yg bkn bentuk mudah mcm buku teks..kena buat yg dlm buku latihan or past years SPM or trial SPM questions..sbb soalan exam bkn mudah2 mcm soalan buku teks..tp kena byk fikir, diaplikasikan drpd konsep yg dh faham tu.sbb tu faham konsep saja belum tentu dapat jwb soalan exam.

iera said...

kami kt skul skunk ni mmg xblajar gna bku teks lngsung!
ckgu juz bg latihan2 jew!
so kiranya mmg da try mnjawab soalan spm la..

Ahmad Kamil said...

Ok la mcm tu..dah buat tu mmg kena sekali faham konsep dan solutions dia la..kalau tak nanti exam jumpa soalan bentuk lain tak tau nak jawab lagi. huhu...

Adzam said...

Terima kasih banyak2 kerana saudara telah buka hati saya untuk terus belajar addmath.. Walaupun saya pernah fail addmath tapi saya tetap akan bersungguh-sungguh..thanks bro

Ahmad Kamil said...

Sama2..apapun teruskan ek usaha utk blajar brsungguh2..insyaALLAH dgn niat yg ikhlas, ALLAH akan tlg kita dlm mnuntut ilmu.

adawiyah said...

betul2.....sya stuju sgat....g pown dah nma pown blajq...kta yg kna trus usaha....chayyok....do the best....

wana said...

assalamualaikum...ya saya bersetuju dgn pandgan tu.rmai peljr mganggap addmath susah,maka susah lah jadinya.mmg menguji kesabaran bila mgajar addmath tp pelajr xpaham2 jgk.

grosh said...

aku ingat ag yang ak lulus add math skali je spanjang blaja f4 n f5....
ak harap sgt 6ti spm ni Allah tolong ak biar dapat A+ add math...
doakan ak deh....

AmirulZulhilmi said...

alhamdulillah setakat ini add math sye stakat c jer...
tak lebih drpd itu pon...
tapi selepas bace smua td..
azam sye untuk mencapai A+ semakin membuak-buak...
harap sye dapat A+ dlm spm nnti...AMIN>>>

ayyum said...

assalamualaikum.
saya pljr ting 4 yg ambik sains + akaun.
saya akui add math pd awlnya susah sngt. Pd exam blan 3 lalu saya dapat fail (G).tapi saya kuatkan smgt dan akhirnya sya lulus cmrlang dan dapt bersaing ngan budak elit yg lain. yang penting latihan berterusan krana manusia sememangnya cepat lupa. btol tak saya ckap

roslan said...

bukan susah tp sikap malas yg kita agungkan...cuba utk berani dan rajin

sue_norsuhainy said...

Dlm belajar mesti khusyuk, ada fokus dan tumpuan. sebelum dapatkan belajar dgn khusyuk, check dulu solat..adakah solat anda khusyuk. dari solat yang khusyuk kita boleh apply kepada belajar dgn cara yg berfokus. Kalau otak tengah serabut, 4,5,6 hala..mcm mana nak belajar add maths dgn berkesan. seterusnya self-esteem rendah, kurang energy dan stamina. Tp kalau bab berkawad, main bola,'hidup pula'..semangat dah bertumpu kepada benda lain.

Teman ADMIN said...

assalamualaikum... knal sy kan?? rafieq fb tuu... sy nk ckp sbnr sy bkn org yg malu nk bertanya.. sy da tnya slalunya 3 kali dan sy rs mcm faham sikit.. tp bila balik dr sekolah sy da blank da x taw cmne nk wat.. apa masalah sbnar sy ye?? dan apakah solusi nye?? boleh tolong balas sekali jawapan sy nih melalui mesej kpd saya di facebook???

Top 10 Most Popular Posts of My Blog.. « AHMAD KAMIL – THE ORDINARY GUY said...

[...] Add Math: Antara Susah & Sikap Kita [...]