Tuesday, November 29, 2011

Catatan Kembara Di Serambi Makkah. . .

image

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah ‘Azza Wa Jalla yang merahmati dan memberkati perjalanan percutian aku bersama sahabatku, Muhammad Rushydi Bin Musa, ke negeri Kelantan Darul Naim, untuk menghadiri kenduri perkahwinan Cikgu Laili(nama penuhnya Noorlaili Suriati Binti Mohd Hanafi) iaitu Guru Tingkatan 5 Ali 2009, SMK Agama Arau iaitu kelas aku, yang mengajar subjek physics.

Kali terakhir aku menjejakkan kaki di negeri ini adalah pada 7 tahun yang lalu, iaitu ketika lawatan bersama sahabat-sahabat Sekolah Kebangsaan Jejawi, iaitu selepas tamat peperiksan UPSR. Itu juga merupakan kali pertama, maknanya kali ni adalah kali kedua. hehe..

DSCN1032

Kendurinya diadakan kelmarin(28 November), tetapi aku dan Rushydi bertolak ke sana dua hari lebih awal iaitu pada hari sabtu(26 November) untuk bercuti makan angin di sana terlebih dahulu. Maklumlah… tahun ni aku tak ada bercuti ke mana-mana lagi pun. So this is the first and final travel for this year! Hoho..

Menaiki bas Transnasional Skyview(dua tingkat) jam 10.30 pagi, kami berdua hampir ketinggalan bas dek kelewatan aku tiba di Hentian Bas Putra, iaitu 2-3 minit sebelum waktu berkenaan. Aku menunggu ketibaan KTM Komuter di KL Sentral hampir 25 minit, ia dijadualkan tiba pada jam 9.58 pagi, tetapi hanya tiba pada jam 10.16 pagi! Memang kereta api terlembab Malaysia! Sabooo je laa.. huhu.

Agak menarik, sebab kami berdua duduk di hadapan sekali tingkat bawah, sebelah pemandu! so dapat la tengok jalan yang dilalui. Alhamdulillah.. selamat tiba di Stesen Bas Kota Bharu pada jam 7.15 malam, selepas lebih kurang 8 jam perjalanan. Huh! Penat juga.. Kami dijemput oleh sahabat Rushydi di IPGM Tuanku Bainun, Penang iaitu Shaikh Muhammad Ehsan Bin Kamaruddin. Eh betul ke nama bapa dia? Tak berapa sure pula. hehe..

Alhamdulillah, dapat berkenalan dengan sahabat baru! Banyak benda juga aku dapat berkongsi dan belajar dengan dia. Sememangnya rasa bersyukur dipertemukan dengan insan sepertinya. Cukup2.. tak perlu ulas panjang2. Kang melalut lebih2 sampai jadi cerita lain. Banyak tempat yang kami pergi seperti Kompleks Beli Belah KB Mall, Kota Bharu Trade Centre, Rantau Panjang, Pantai Cahaya Bulan, Wakaf Che Yeh, Pasar Siti Khadijah & sekitarnya, Pengkalan Kubor dan Tumpat. Terima kasih banyak-banyak Ehsan sebab bawa pergi banyak tempat ni… hehe..

DSCN1036

Dalam perjalanan ke Rantau Panjang, kami singgah di sebuah masjid Cina untuk menunaikan solat. Design masjid berkenaan sangat menarik. Siapa yang tak pernah pergi dan tahu tentangnya, pasti akan mengatakkannya tekong! huhu.. Di Rantau Panjang, kami terpaksa meredah banjir kerana air banjir di sana masih dalam proses untuk surut. Redah je laa.. jauh perjalanan lebih kurang 30 Kilometer dari Kota Bharu. Hehe..

MasyaAllah.. rasa seronok betul laa dapat berkesempatan ke banyak tempat ni dengan makan angin melihat bi’ah di sekitar Kelantan ni. Terasa tenang dan syahadu.. Berbeza dengan percutian di negeri lain. hehe.. Kami menginap di Louge Budget Hotel dan D&D Budget Hotel. Nak beritahu juga. haha..

DSCN1050

Di kenduri Cikgu Laili pula, dapat merasai hidangan yang sangat meyelerakan, maklumlah masakan kampung mestilah unik dan berbeza dengan masakan bandar. Subhanallah.. Sedap bebenor Gulai daging dia. Sedap sehingga menjilat jari. koh koh koh…

Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, aku sempat bertemu sahabat aku yang tinggal di Pengkalan Chepa, iaitu Muhammad Nidzwan Bin Nazri. Dapat berborak kejap sebelum naik bas jam 9 malam. Namun, tak dapat dinafikan, terasa ‘syahadu’ dan ‘sedih’ ketika perjalanan pulang dek ‘berpisah’ dengan sahabat-sahabat. Terasa manis persahabatan yang bertunjangkan cinta kepada Allah Ta’ala…

DSCN1094

Percaya atau tidak, aku ‘terpaksa’ berhutang dengan Rushydi dek kehabisan wang! Semuanya kerana kegagalan aku ‘merancang’ dan ‘berbelanja’ dengan bijak dan berhemah. Jumlah keseluruhan kos percutian ini ialah RM284.50!

InsyaAllah.. ku berazam untuk menjejakkan kaki lagi di negeri Serambi Makkah ini pada tahun hadapan, jikalau ada rezeki. Sesungguhnya, percutian dan pengembaraan dapat memberikan peluang kepada kita untuk berkenalan dengan sahabat-sahabat baru yang mungkin lebih baik daripada kita untuk menyerikan kehidupan kita di dunia yang sementara ini, selain membuka mata kita melihat kebesaran dan kekuasaan kerajaan Allah ‘Azza Wa Jalla yang mencipta muka bumi ini.

Akhir kalam, semoga Allah Ta’ala senantiasa merahmati dan memberkati kehidupan kita! Moga ukhuwah yang terjalin berkekalan, hingga menjadi jiran-jiran di syurga kelak, amin ya rabbal 'alamin....

Smile

No comments: