Saturday, November 26, 2011

Soal Jawab : Adakala Couple dibolehkan?

image

Soalan:

Ada kawan saya ni, dia kata:

"ustazah kata nk couple leh tpi kite kene jaga batas,,,,,,,,kite nk dating leh tpi kene ade org ke3 untuk teman,,,,,org yg ke3 itu bknlah syaitan tpi org yg bleh melarang kite melakukan maksiat,,,,,,,,kite nk msg leh tpi jgn kerap sangat sampai terlupa untuk menunaikn kewajipan kite sbgai umat Islam iaitu solat atau pun beribadah kpd Allah,,,,,
dan jika kita msg,,,kite harus lh tnye kpd gf/bf kita tentang solat agar dia x tertinggal solat,,,,,,,,dkt situ kita juga boleh peroleh pahala......"

kapel mmg xbley lgsg kn?? mcm na nk jwb kat bdk 2?? Satu lagi, kta bley x msg dgn llki..mksdnya..kta ari2 mmg wjib r msg dy..smbg2..tp kta mmg xda prasaan apa2 lgsg pun kat dy..

--- Insan prihatin

--------------------------------------------------------

Jawapan:

Syabas kerana anda prihatin terhadap masalah sahabat anda! Begini, secara umumnya, ada rasionalnya juga apa yang ustazah tu cakap. Namun, perkara pokok yang harus diberi perhatian dalam 'couple' soal ‘hati’ dan ‘perasaan’, selain ‘nafsu’.

Pertama, agak 'sukar' untuk yang ber'couple' buat macam saranan ustazah tu. tak ada unsur2 maksiat langsung dalam hubungan mereka! Atau anda rasa mudah?

image

Kedua, kalau dah 'saling mencintai' , apa salahnya untuk terus bernikah. tak ada masalah apa dah.  Mungkin alasan kebanyakan orang ialah tak mampu. Hakikatnya, perkahwinan mestilah dimudahkan, bukan disusahkan.

Kalau soal duit, yang jadi masalah utama mesti bab 'hantaran', 'kenduri'. hantaran bukan dari ajaran Islam, hanya mahar. Kenduri boleh dibuat secara sederhana dan tak perlu makan hebat2, makan laksa atau mi pun sudah ok.

Mahar pula boleh diletakkan ikut kemampuan pihak lelaki. Sebab itulah sering ditekankan, apabila yang 'haram' lebih mudah daripada yang 'halal', maka pastilah orang pilih yang haram!

Ketiga, 'couple' ni biasanya dianggap 'hubungan secara rasmi', berbeza dengan sahabat biasa. The question mark is, what is the point to have such relationship instead of merely being ordinary friend?

image

Berkenaan bagaimana nak jawab/cakap dengannya, begini cadangan saya. Kalau dia boleh pastikan 'hubungan' dia langsung tak ada unsur maksiat, meskipun dalam konteks ‘perasaan’ dan ‘nafsu’ dia sahaja, maka bolehlah dia nak couple. Tapi macam disebut tadi, mampukah?!

Dalam usul fiqh mengikut kaedah ‘saddus zaraiq’, menghalang perkara2 ‘harus’ (yakni tiada hukum diletakkan oleh para ‘ulama) yang boleh bawa kepada perkara yang haram. Walaupun hukum couple ni tak dibincangkan oleh majlis fatwa, tetapi jika couple boleh membawa kepada perkara haram macam zina, maka hukum couple dikira jatuh kepada haram. Bahkan Allah berfirman:

"..dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesunngunyaa, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk.." – Surah Al-Isra’, Ayat 32 -

Dalam ayat di atas, Allah memerintahkan kita agar jangan menghampiri zina, bukan berzina! Nampakkah larangan yang jelas itu?

Apapun, bergantung pada diri kita juga la. Namun, saya merasakan tak ada keperluan pun couple ni. Apapun,  soalan yang mesti dia jawab: What is the point to have such relationship instead of merely being ordinary friend?

Payah sangatlah orang yang berhubungan ni tak ada unsur maksiat, walaupun dalam konteks ‘perasaan’ dan ‘nafsu’ dalam diri. Yang tak hubungan pun kadang2 ada timbul benda2 negatif dalam diri, apatah lagi yang ada hubungan ni!

image

Berkenaan soalan kedua anda, pada pandangan saya,

Kalau chat dengan tujuan berbincang benda2 berfaedah, insyaAllah mudah2an ia diredhai-Nya. Tapi takkan setiap hari? Jiklau chat berkenaan benda mengarut dan sia2, tak ada faedah, borak2 kosong, berpada-padalah, jangan berlebih-lebih, sebab  itu mungkin mengundang kemurkaan-Nya.

Semoga Allah senantiasa merahmati diri saya, anda dan seluruh umat Islam. Wallahua'lam.

___________________________________________________

* Sudut soal jawab membolehkan pengunjung mengemukakan sebarang bentuk soalan sama ada dari sudut motivasi, agama, pendapat umum dan sebagainya. Apa yang dijawab bukan hukum, tetapi pandangan peribadi! Soalan yang terpilih akan disiarkan di blog ini, selainnya akan dibalas melalui emel. Sila klik sini untuk mengemukakan soalan.

___________________________________________________

No comments: