Sunday, May 3, 2009

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 16

Selepas Ustaz Mohd Asri yang datang ke kelas 4 Ali untuk memberitahu Aiman dan sahabat-sahabatnya supaya tidak meneruskan program study group itu, beliau kemudiannya beredar meninggalkan kelas itu.

Amar: Kenapa hang tak ikut saja cakap Ustaz Mohd Asri tu? Tak payahlah tolong budak-budak tu.

Aiman: Aku tolong diorang bukan untuk mengharapkan apa-apa balasan.Soal aku ikhlas ataupun tak, aku tak tahulah.Hanya ALLAH yang tahu.

Amar: Aku bukannya apa.Aku tengok hang banyak sangat berkorban untuk orang lain sampai mengabaikan diri sendiri pula.Aku tengok hang letih semacam saja sejak akhir-akhir ni.

Aiman: Aku cuma melakukan apa yang diri aku ingin buat.Aku tak peduli soal aku letih ataupun tak.

Amar: Mana boleh begitu.Hang patut utamakan diri hang dahulu, baru fikirkan pasal orang lain. Lagipun minggu depan kita akan hadapi peperiksaan pertengahan tahun dah, jadi hang utamakan diri hang dulu dengan mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan bagi menghadapinya.

Aiman: Oklah..aku akan ulangkaji pelajaran untuk peperiksaan minggu depan.Thanks a lot for your caring.

Amar: Welcome, my friend. Eh..hang dengan adik angkat hang yang bernama apa entah..ha..Asyraaf Fauzan tu macam mana?

Aiman: Macam mana apa? So far aku dengan dia ok saja.

Amar: Oh...Ha..lupa nak beritahu esok kita akan mengadakan ‘spot-check’ ke atas para pelajar tingkatan 3. Jadi hang janganlah beritahu adik angkat hang tu pasal ni pula.

Aiman: Ok.Aku takkan beritahu dia.Itukan rahsia badan pengawas.

Di Hospital Umar Abdul Aziz, bapa saudara Aiman iaitu Encik Ismail berjumpa dengan emak Aiman.

Pak Cik Ismail: Emmm..bagaimana dengan keadaan Bakar?

Mak Aiman: Alhamdulillah, dia sudah sedar dan semakin baik. Jomlah masuk tengok dia.

Pak Cik Ismail: Alhamdulillah, baguslah tu. Lupa saya nak tanya, bagaimana dengan keputusan ujian DNA yang dijalankan tu?

Mak Aiman: Saya benar-benar tak percaya keputusan ujian tu menunjukkan bahawa Aiman tu memang bukan anak kandung saya.Padahal saya yang melahirkannya.

Pak Cik Ismail: Pelik juga.Ada doktor tu jelaskan apa-apa tak?

Mak Aiman: Ada.Doktor tu cakap mungkin ada berlaku kecuaian oleh jururawat yang menyebabkan berlakunya pertukaran bayi semasa Aiman dilahirkan dulu.

Pak Cik Ismail: Maknanya ada orang lain yang ambil anak kamu la ni dan kamu pula ambil anak orang tu.

Mak Aiman: Entahlah…saya benar-benar tak sangka perkara ini akan berlaku.Tapi walau apapun yang berlaku, saya memang sayang akan Aiman dan dah anggap Aiman tu macam anak saya sendiri.

Pak Cik Ismail: Saya bersimpati dengan apa yang menimpa keluarga kamu.Bakar dah tahu ke pasal ni?

Mak Aiman: Emm..ya, dia dah tahu pasal ni.Kami berdua dah sepakat untuk merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Aiman sehinggalah kami dapat tahu siapakah ibu bapa kandungnya.

Pak Cik Ismail: Bagus juga tindakan yang kamu ambil tu kerana mungkin Aiman akan terkejut besar apabila mengetahui bahawa korang berdua bukan ibu bapa kandungnya.

Keesokan harinya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ibnu Taimiyah, para pengawas telah mengadakan ‘spot-check’ ke atas para pelajar tingkatan 3.Aiman, Faiz dan Amar telah ditugaskan untuk membuat pemeriksaan di kelas 3 Ali yang mana Asyraaf belajar di kelas tersebut.

Sesuatu yang agak mengejutkan telah berlaku selepas ‘spot-check’ tersebut yang mana pertengkaran yang hebat hampir berlaku antara Aiman dan Amar.

Aiman: Apa yang hang tak puas hati ni ha?

Amar: Hang tahu tak bahawa Asyraaf tu dah keluarkan ‘memory card’ semasa kita nak rampas talefon bimbit dia tadi.

Aiman: Dia keluarkan ‘memory card’ daripada talefon bimbit dia? Aku tak nampak pun la.

Amar: Entah-entah dia keluarkan kerana ada gambar-gambar tak senonoh dalam ‘memory card’ tu.

Aiman: Ni...Hang jangan tuduh sebarangan pula ok.Tak apa, biar aku dengan Faiz pergi berjumpa dia sekarang untuk bertanya pasal ni.Hmm..Jom Faiz pergi ke kelas 3 Ali.

Amar: Ok, aku tunggu korang di sini.Cepat sikit.

Aiamn: Ok.ingatkan nak kata cepat banyak.

Amar: Loyar buruk pula dia ni.

Lantas Aiman dan Faiz pun pergi ke kelas 3 Ali untuk berjumpa Asyraaf.

Aiman: Assalamu’alaikum, Asyraaf ada tak?

Arif: Ada.Kejap saya pergi panggil dia.

Selepas itu, Asyraaf pun keluar untuk berjumpa degan Aiman dan Faiz.

Asyraaf: Ada apa hal anta nak jumpa ana?

Aiman: Begini, ana nak tanya anta ada keluarkan tak ‘memory card’ dari talefon bimbit anta semasa ‘spot-check’ tadi?

Faiz: Tolong la jawab dengan jujur.

Asyraaf: Tak ada pun la.Sebenarnya ‘memory card’ ana hilang la dan ana baru saja nak beli ‘memory card yang baru. Kenapa?

Faiz: Begini, Asyraaf. Abang Amar kata anta ada keluarkan ‘memory card’ dari talefon bimbit anta semasa ‘spot-check’ tadi kerana ‘theme’ dalam telefon bimbit anta berubah.

Asyraaf: Tak..mana ada pun.Yang dia kata tu ana tak tahu la.Ana cuma boleh cakap yang tu saja.

Aiman: Emm…Tak mengapalah kalau begitu, Asyraaf.Ni tolong bagi balik ‘pendrive’ kawan-kawan anta pada diorang.Maaflah kerana mengganggu..

Asyraaf: Eh..antuma tak mengganggu pun.

Lalu Asyraaf pun masuk kembali ke dalam kelasnya sambil membawa ‘pendrive’ milik sahabat-sahabatnya.

Faiz: Hang rasa apa yang dia cakap tu boleh dipercayai tak?

Aiman: Aku rasa dia tak berbohong pun.Tapi aku peliklah dengan Amar tu.Seolah-olah dia nak mencari kesalahan Asyraaf pula.

Faiz: Entahlah..aku pun tak tahu.Tapi aku minta tolong hang supaya jangan bertengkar dengan dia pula kejap lagi.

Aiman: Bukannya aku yang cari pasal dengan dia.Dia tu yang sengaja nak bertengkar dengan aku.

Bersambung……..

No comments: