Wednesday, May 6, 2009

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 17

Selepas Aiman dan Faiz berjumpa Asyraaf di kelas 3 Ali, mereka berdua pun kembali ke bilik guru untuk menyelesaikan hal-hal tentang ‘spot-check’.

Amar: Hmm..so macam mana? Apa yang dia cakap?

Faiz: Asyraaf kata sebenarnya ‘memory card’ hilang dan dia baru saja nak beli ‘memory card’ yang baru.

Amar: Ceh..boleh percaya ke cakap dia tu?Aku rasa macam dia berbohong saja.

Aiman: Hang ni kan tak habis-habis nak tuduh orang.Yang hang rasa dia berbohong tu kenapa?

Amar: Kalau kita keluarkan ‘memory card’ daripada talefon bimbit kita, ‘theme’ dalam talefon bimbit tu akan berubah.Oleh sebab itulah aku dapat rasa yang dia ada keluarkan ‘memory card’ daripada talefon bimbit dia.Yang hang pertahankan dia sangat ni kenapa?Aku tahulah dia adik angkat hang, tapi tak payahlah pertahankan dia lebih-lebih pula.

Aiman: Malaslah aku nak cakap dengan hang.Aku nak balik kelas.Tak mahu tertinggal banyak pelajaran pula.

Sejerus selepas itu, Aiman pun keluar dari bilik guru dan kembali ke kelas 4 Ali.

Faiz: Kenapalah dengan hang ni?Takkan nak bertengkar dengan Aiman pula..

Amar: Aku hairanlah dengan sikap dia tu.Bukan main pertahankan Asyraaf tu.

Faiz: Asyraaf kan adik angkat dia jadi mestilah dia percayakan apa yang Asyraaf cakap.

Amar: Tapi takkan dia nak percayakan semua yang Asyraaf cakap.

Faiz: Sudahlah tu..nanti korang berdua jadi musuh pula gara-gara hal kecil ni saja.

Amar: Entahlah…tapi sejujurnya aku memang tak suka Asyraaf tu.

Faiz: Sudah-sudah..sekarang kita pergi serahkan semua talefon bimbit ni kepada penolong kanan HEM.Semua talefon bimbit dah dilabelkan ke?

Amar: Ya…tapi aku tak berapa puas hati la dengan peraturan sekolah ni.Pentadbiran sekolah macam tak tegas pun.Kalau rampas talefon bimbit, hari tu juga ibu bapa pelajar berkenaan boleh pergi tuntut pada penolong kanan HEM.

Faiz: Entahlah..nak buat macam mana.Dah tu yang diamalkan di sekolah kita.Memang tak peliklah kalau ramai pelajar yang bawa talefon bimbit ke sekolah.

Amar: Itulah…jom pergi jumpa penolong kanan HEM dan lepas tu terus balik ke kelas.

Faiz: Hang jangan bertengkar pula lagi dengan Aiman nanti.

Amar: Yelah tu…

Semasa waktu rehat, Aiman telah berselisih dengan Asyraaf di kantin sekolah.

Asyraaf: Macam mana dengan Abang Amar tu?

Aiman: Hmm..anta tahu tak dia kata anta berbohong kata ‘memory card’ hilang la.

Asyraaf: Yang tu ana tak boleh kata apa la.Ana cuma menyatakan kebenaran saja.

Aiman: Tak mengapa..lagipun ana dah cuba pertahankan anta tadi.

Asyraaf: Ana risau juga kalau ana jadi punca anta dengan dia jadi tak berapa rapat pula.

Aiman: Eh…tak ada la.Anta tak perlu risau kerana anta tak ada kena mengena pun.

Sementara itu, Hazwan dan rakan-rakannya sedang bersembang dengan seorang pelajar tingkatan 3 bernama Fuad.

Fuad: Pagi tadi aku dah buat apa yang korang nak aku buat. So macam mana hasilnya?

Hazwan: Oh..aku dengar kata Aiman dengan Amar bertengkar hebat juga di bilik guru selepas ‘spot-check’ tadi.

Fuad: Oh..baguslah.Mesti kawan-kawan diorang akan salahkan Asyraaf kalau lepas ni diorang tak rapat.

Hakimi: Sudah semestinya.Asyraaf tu la yang menjadi punca segala-galanya.

Hazwan: Eh….tu Aiman, dia nak datang dekat dengan kita la..tukar topik lain.Nanti dia dengar pula perbualan kita.

Masa berlalu begitu pantas.Kini peperiksaan pertengahan tahun pun menjelang tiba.Para pelajar pun mendudukinya dengan tenang.

Afiq: Macam mana dengan peperiksaan? Ok ke?

Faiz: Bagi aku bolehlah tahan.Tapi aku tak tahulah keputusan macam mana.

Aiman: Bagi aku hancur agaknya.Memang aku tak bersedia untuk hadapi peperiksaan.Masa hari peperiksaan saja yang aku ulangkaji.

Afiq: Ala..hang kan genius..ulangkaji ‘last minute’ pun boleh.

Aiman: Yelah tu genius..mengarut tak habis.

Faiz: Hang kan dapat 9A untuk PMR..kira genius la..

Aiman: Oh..kalau begitu hang pun genius la kerana hang pun dapat 9A juga kan.

Faiz: Aku taklah genius.Hang yang genius.

Aiman: Eh..cakap berbelit pula dia ni.

Pada malam tersebut, Aiman mengambil kesempatan untuk berbual dengan Asyraaf melalui mesej.

Aiman: Macam mana dengan peperiksaan?

Asyraaf: Boleh la..anta pula macam mana?

Aiman Ana? Hancur rasanya.Rasa-rasanya anta boleh dapat tak hadiah untuk hari anugerah kecemerlangan nanti?

Asyraaf: Entah..tak tahulah..anta mesti boleh kan.anta kan pandai matematik tambahan.

Aiman: Ana pun tak tahulah..kalau ana dapat anta pun mesti dapat juga tau.

Asyraaf: Insya ALLAH…mudah-mudahan ana akan dapat la.

Aiman: Ala…anta mesti dapat punya.Anta kan pandai..

Asyraaf: Eh..mana ada.Biasa sajalah.

Ketika aiman sedang berbual dengan Asyraaf, tiba-tiba Aiman menerima panggilan daripada Zahid.

Zahid: Assalamu’alaikum..

Aiman: Wa’alaikumussalam.Ada apa hal pula hang call aku ni?

Zahid: Hai..marah ke aku talefon?

Aiman: Taklah marah.Cuma apa halnya hang call aku.

Zahid: Sajalah aku call.Kenapa, tak boleh ke?

Aiman: Bukannya tak boleh..tapi aku rasa malaslah nak layan hang.

Zahid: Aku rindu la pada hang.Ceh…dengan Asyraaf bukan main rajin bermesej la bersembang la.

Aiman: Jangan ganggu aku boleh tak?

Zahid: Boleh..tapi hang akan tengok balasannya.

Aiman: Hang jangan mengapa-apakan Asyraaf pula.

Zahid: Hello…Ikut suka aku la.Bye……

Keesokaan harinya, ketika Aiman sedang termenung di dalam kelasnya, datang Faiz dan Amar kepadanya.

Amar: Kenapa dengan hang ni? Tengok macam risau semacam saja.

Aiman: Tak ada apa-apalah..

Faiz: Berahsia pula dengan kami..ha..Ustaz Mohd Asri nak jumpa hang di bilik guru sekarang.

Aiman: Kenapa?

Faiz: Manalah aku nak tahu..pergi jumpa saja la..

Bersambung……

No comments: