Saturday, May 23, 2009

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 25

Ketika Asyraaf sedang berjalan menuju ke kantin sekolah pada waktu rehat, kelihatan seorang pelajar tingkatan 4 iaitu Hakimi datang kepadanya.

Asyraaf: Ada apa abang?

Hakimi: Tak ada apa-apa.Cuma tak sangka hang dan Aiman ada skandal pula.Hahaha….

Asyraaf: Skandal?Skandal apa pula ni?

Hakimi: Ala…buat tak tahu pula.Hahaha..

Selepas berkata demikian kepada Asyraaf, Hakimi terus pergi meninggalkannya.Asyraaf agak tersinggung dengan kata-kata Hakimi.Tiba-tiba dia berselisih dengan Aiman yang turut pergi ke kantin sekolah.

Asyraaf: Anta..ana nak cakap sikit ni.

Aiman: Nak cakap apa?

Asyraaf: Macam ni..ada seorang pelajar ni yang kata ana dengan anta tengah ada skandal.Ana rasa macam dia tu tak ada perasaan saja, senang mengata pada orang lain.Yang dia seronok dan ketawa saja lepas kata macam tu tanpa fikir apa yang orang lain rasa.

Aiman:  Boleh tak ana tahu siapa dia tu?

Asyraaf: Abang Hakimi, pelajar tingkatan 4 tu.

Aiman: Oh..dia.Anta bersabarlah ek.Ana tak kisah orang mengata pada ana tetapi bila orang mengata pada anta disebabkan ana, ana jadi serba salah pula.Ana rasa macam bila anta kenal ana, ana cuma mendatangkan masalah kepada anta.Kalau anta nak ana jauhkan diri ana daripada anta dan anggap macam kita tak pernah saling mengenali, ana tak kisah.

Asyraaf: Anta jangan salahkan diri sendiri pula.Anta tak bersalah dalam hal ini.

Ketika Aiman sedang bersembang dengan Asyraaf, datang Cikgu Khairul Anwar kepadanya.

Cikgu Khairul Anwar: Disini kamu rupanya.

Aiman: Kenapa, cikgu?

Cikgu Khairul Anwar: Begini,tuan pengetua nak jumpa kamu di biliknya sekarang.

Aiman: Pengetua nak jumpa saya?Kenapa?

Cikgu Khairul Anwar: Tentang konflik kamu dengan pelajar tingkatan 3 tu la.Tuan pengetua pun sudah tahu tentang itu.

Aiman: Oh, ok.

Lantas Aiman pergi berjumpa tuan pengetua di biliknya.

Aiman: Assalamu’alaikum, ustaz.

Tuan Pengetua: Wa’alaikumussalam.Kamu Aiman kan?

Aiman: Ya,ustaz.Kenapa ustaz nak jumpa saya?

Tuan Pengetua: Ustaz dapat tahu tentang konflik kamu dengan pelajar tingkatan 3 tu.Ustaz harap kamu sabar menempuhi cabaran dalam hidup ni.Dalam kita hendak melakukan kebaikan, memang keimanan kita akan diuji.

Aiman: Betul tu, ustaz.Saya pun tak kisah sangat dengan perbuatan diorang tu.

Tuan Pengetua: Baguslah tu..ustaz nak minta kamu berikan nama-nama pelajar yang tulis surat mengutuk kamu tu.

Aiman:  Hmm…saya tak tahulah ustaz siapa yang tulis surat tu.Saya cuma tahu ia daripada pelajar tingkatan 3 Ali. Tak payahlah ustaz ambil nama diorang..biar diorang tumpukan nak duduki peperiksaan percubaan tak lama lagi.

Selepas itu, Aiman pun keluar dari bilik tuan pengetua dia melihat Faiz dan Amar berbincang sesuatu dengan Ustaz Azwan dan memanggilnya lantas dia pergi berjumpa mereka.Ketika mereka sedang berbincang dengan Ustaz Azwan berkenaan Kem Kecemerlangan Bahasa Arab PMR, datang Helmi kepada Aiman.

Helmi: Abang, Asyraaf nak jumpa abang di kelas 3 Ali?

Aiman: Nak jumpa ana? Untuk apa?

Helmi: Pasal konflik tu la..

Aiman: Ana kan ‘diharamkan’ daripada melalui kelas tu selagi korang masih disitu so kalau dia nak jumpa ana, beritahu dia supaya datang ke sini.

Helmi: Ok.

Kemudian datang Asyraaf dan beberapa orang rakannya ke situ.

Asyraaf: Kami nak selesaikan la konflik ni supaya ia tak berlarutan.

Aiman: Bagi ana, ia dah pun berakhir.

Arif: Bagi kami ia masih belum berakhir kerana semua cikgu yang masuk ke kelas kami pasti akan bercakap tentangnya dan kami pun rasa serba salah dengan abang.

Aiman: Biasalah cikgu.Kalau sebahagian yang melakukan kesalahan, pada pandangan mereka semuanya bersalah.

Asyraaf: Sepatutnya kita tak perlu menghebohkan perkara ini kepada cikgu walaupun kita anggap cikgu tu ibu bapa kedua kita.

Hafiz: Ana minta maaflah atas kata-kata ana dalam surat tu...

Aiman: Nak minta maaf pasal apa?

Hafiz: Pasal surat kutukan tu la.

Aiman: Ala…na dah tak kisah pasal tu.Maaflah, ana ada hal kejap nak pergi ke bilik guru.

Lalu Aiman pun pergi bilik guru.

Teacher Amelia: Kenapa yang kamu rajin sangat dan tolong Cikgu Khairul Anwar dalam urusan program lepasan PMR tu.Kenapa tak biar dia tak buat sendiri?

Aiman: Saya faham Cikgu Khairul Anwar memang sibuk dengan pelbagai hal lain.Jadi saya boleh mengambil kesempatan ini untuk membalas jasa cikgu-cikgu dengan tolong Cikgu Khairul Anwar.

Teacher Amelia: Hmm…tapi tengoklah kamu yang kena akibatnya.Tapi bagi teacher kamu dah buat silap kerana kamu melaksanakan program study group dengan tergesa-gesa tanpa merancang dengan penuh teliti.Mungkin kalau kamu tak tergesa-gesa, diorang takkan salah faham kepada kamu dan konflik ini takkan terjadi.

Aiman: Betul juga kata teacher tu.Saya memang sedar saya dah buat silap tentang tu.

Teacher Amelia: Tak mengapa.Biasalah manusia melakukan kesilapan.Apapun jadikan ia pengajaran dan pengalaman yang bermakna buat kamu.

Kemudian datang pula Sir Ahmad Tarmizi kepadanya.

Sir Ahmad Tarmizi: Bagaimana dengan kes surat layang tu?

Aiman: So far rasanya hal tersebut sudah selesai. Saya ada berbincang dengan beberapa orang pelajar kelas 3 Abu Bakar. Berdasarkan apa yang diorang cakap, saya faham bahawa diorang sebenarnya ingin menyalahkan saya kerana menceritakan tentang hal ini kepada cikgu-cikgu yang seterusnya menyebabkan hal ini heboh diperkatakan walaupun diorang tidak kata secara terus tapi saya faham maksud tersirat disebalik apa yang mereka katakan .

Sir Ahmad Tarmizi: Hmm..Kamu pergi jumpa tuan pengetua tadi kan?Apa yang ustaz cakap?

Aiman: Ya, sir.Ustaz Cuma minta saaya bersabar menempuh dugaan kehidupan.Selain itu, ustaz turut meminta saya memberikan nama-nama yang berkenaan kepadanya namun saya tak bagi kerana saya memahami bahawa pelajar berkenaan akan menduduki peperiksaan percubaan PMR tidak lama lagi. Jadi saya tidak mahu konsentrasi mereka terganggu akibat hal ini.

Sir Ahmad Tarmizi: Hmm..usahlah simpati pula pada diorang. Kadang-kadang manusia perlu diajar apabila melakukan kesalahan kalau tidak mereka tidak sedar akan kesalahan yang telah mereka lakukan.

Bersambung…..

No comments: