Friday, October 16, 2009

Drama "Roda Kehidupan 2" - Episod 5

Semasa Amar dan Faiz kehairanan melihat Asyraaf dan Arif, Anwar dan Syukri pun meninggalkan tempat tersebut dan pulang ke kelas mereka.Asyraaf juga turut kembali ke kelasnya pada ketika itu.

Amar: Arif, apa hal sebenarnya ni ha?
Faiz: Ya..Arif..apa yang sedang berlaku ni? Kami pelik sangat tengok gelagat anta dengan Asyraaf.
Arif: Sebenarnya begini..ana silap sebab tuduh Asyraaf bawa VCD lucah ke sekolah dan maklumkannya kepada Sir Ahmad Tarmizi.
Amar: Apa? Asyraaf bawa VCD lucah ke sekolah? Biar betul!!
Arif: Memang tak betul pun...Anwar dan Syukri la yang beritahu ana pasal tu..ana dengan mudah percaya kata-kata diorang dan kemudian selongkar beg Asyraaf..tengok-tengok memang ada..
Faiz: Siapa punya kerja yang letak VCD tu dalam beg Asyraaf?
Arif: Siapa lagi kalau bukan diorang la..kan diorang memang tak puas hati dengan Asyraaf dari dulu lagi..
Amar: Ish...teruk betul la diorang tu..
Faiz: Hmm..patutlah tengok Asyraaf macam marah saja..
Amar: Anta pun satu..yang percayakan diorang tu siapa suruh..Asyraaf kan kawan baik anta jadi sepatutnya percayakan dia daripada diorang..
Arif: Tu la...ana silap..memang perkara ni jadi satu pengajaran bermakna kepada ana..
Faiz: Tak mengapalah..anta tunggu sajalah..nanti dia ok la tu..sekarang mesti la dia masih marah.

Asyraaf dan Arif tidak bertegur sapa sehinggalah tamat waktu persekolahan.

Hafiz: Kenapa hang dengan Asyraaf nampak lain macam saja?
Arif: Hmmm...tak ada apa-apa la..
Hafiz: Hai..korang berdua bergaduh ka?? Macam-macam betul korang ni....

Di rumahnya, Asyraaf baring sambil termenung memikirkan arwah abangnya, Aiman kerana rindu pada abangnya itu.Emaknya melihat kelibatnya itu lantas menegurnya.

Mak Asyraaf: Kenapa ni, Asyraaf?
Asyraaf: Hmm..Asyraaf rindu la pada Abang Aiman la..
Mak Asyraaf: Oh..mak tahu Asyraaf sangat sayangkan abang kan..jadi Asyraaf kena la selalu doakan kesejahteraan abang..tapi Asyraaf tak rindu pada ALLAH?
Asyraaf: Hmm..betul juga tu..

Tiba-tiba kedengaran lagu Titian Kejayaan nyanyian Rast yang merupakan nada dering talefon bimbit Asyraaf.Rupanya Arif menghubungi Asyraaf.

Arif: Assalamu’alaikum..Asyraaf.
Asyraaf: Hmm..Wa’alaikumussalam..apa hal ni?
Arif: Err..aku nak minta maaf la atas apa yang berlaku hari ni..aku sepatutnya percayakan hang sebab hang kawan baik aku, bukan Anwar dan Syukri..aku minta maaf banyak-banyak...
Asyraaf: Tak mengapalah..biasa la kita sebagai insan biasa..tak pernah lari daripada melakukan kesilapan..aku pun nak minta maaf juga sebab terlalu ‘emotional’ pagi tadi.
Arif: Tak mengapa...memang patut pun hang marah dengan aku..tak mengapalah aku tak mahu ganggu hang study maklum la mid-year exam dah dekat..
Asyraaf: Eh..mana ada..hang tak mengganggu pun..bukan tengah study..tapi tengah teremenung.
Arif: Hai..termenung apa ni? Teringatkan abang kesayangan hang ke?
Asyraaf: Err...macam tau-tau je..memang pun..huhuhu..
Arif: Okla..tak mengapalah..Assalamu’alaikum...
Asyraaf: Wa’alaikumussalam..

Sejurus selepas Asyraaf bersembang dengan Arif, dia menerima satu mesej daripada Afifah.

Afifah: Assalamu’alaikum..apa khabar?
Asyraaf: Wa’alaikumussalam..khabar baik..Alhamdulillah sihat..awak?
Afifah: Saya pun sama..alhamdulillah sihat..awak tengah study ke?
Asyraaf: Eh..tak la..tengah termenung..
Afifah: Termenung? Termenung pasal apa ni?
Asyraaf: Emm..tak ada apa-apa la..rahsia la..
Afifah: Eh..berahsia la pula dia ni..hmmm..tak mengapalah..
Asyraaf: La..jangan la kecil hati..okla..okla..saya teringat pada arwah abang saya..
Afifah: Abang awak dah meninggal dunia ke?
Asyraaf: Ya..abang Aiman dah meninggal dunia sebulan yang lalu..
Afifah: Abang Aiman? Aiman yang tampan tu abang awak ka?
Asyraaf: Ya..kenapa?
Afifah: Tak sangka pula..tak sangka dia abang awak..tapi tak mengapalah..adik dan abang sama-sama tampan..
Asyraaf: Apa awak cakap ni? Mana ada la..mengarut jelah..
Afifah: Saya cakap betul apa..memang ramai perempuan pun suka pada awak dan abang awak..
Asyraaf: Yeke? Tak payah mengarut la...
Afifah: Sebenarnya...saya memang sangat sukakan awak..Asyraaf. Semasa sekolah rendah dulu, apa yang orang katakan dulu pasal saya dan awak tu memang betul..

Bersambung.....

No comments: