Friday, January 8, 2010

Tuisyen: Antara Keperluan & Budaya

“Hang tuisyen di mana ya?”,tanya Amin.
“Hehehe... Aku  tak pergi pun mana-mana pusat tuisyen..malas la aku..baik belajar sendiri..lagipun parents aku tak kisah pun asalkan pencapaian aku ok”, Akmal.
“Wah! Bestnya hang..aku ni pun kalau ikutkan tak mahu pergi tuisyen..tapi parents aku paksa juga pergi..nak buat macam mana..pergi sajalah..beruntung hang dapat parents yang memahami”, balas Amin.
“Ish..apa la hang ni..tak baik cakap macam tu..parents hang suruh pergi tuisyen tu sebab diorang nak hang cemerlang dalam pelajaran..bukan nak seksa hang..”, respon Akmal.
“Ya la..nak cemerlang dalam pelajaran tak semestinya kena pergi tuisyen..usaha sendiri pun boleh..lagipun betapa ramai students yang pergi tuisyen tapi result exam tak bagus mana pun..harap duit saja habis banyak pergi  banyak tempat”, kata Amin.
“Hahaha..nak buat macam mana..barangkali tuisyen ni dah tersasar matlamatnya..jadi budaya bukan keperluan..budaya untuk bagi cemerlang exam kononnya...huhuhu...tapi  bukan la semua macam tu..”, kata Akmal.

Aha...ni la topik pertama yang saya nak bagi pendapat sikit la sebagai permulaan dalam ruangan baru bernama cetusan pemikiran ni iaitu tuisyen- antara keperluan dan budaya.Kalau ikutkan saya ada tajuk lain yang nak cakap tapi tajuk tu agak panjang nak tulis..so biar la cakap pasal yang pendek dulu.lagipun kan awal-awal tahun ni tuisyen nak bermula so ok juga cakap pasal ni..hehe.

Hakikatnya sekarang, boleh dikatakan la seseorang yang bergelar pelajar terutama sekolah menengah pasti mengikuti kelas tuisyen..malah sekarang ni tuisyen dalam kalangan pelajar sekolah rendah pun dah makin hebat..bukan la saya nak kata tuisyen ni tak perlu ke apa..Cuma apa yang saya nak katakan dalam tajuk ni ialah sejauh mana sebenarnya keperluan tuisyen ni..sebab kadang-kadang sesetengah dalam kalangan masyarakat kita ni berpandangan pelajar-pelajar ni mesti pergi tuisyen..tak ikuti tak sah.

Ok..memang dalam kalangan pelajar ni ada yang tak mudah terima apa yang diajar oleh cikgu di sekolah. Justeru perlu buat ulangkaji sendiri di rumah..tetapi agak sukar sebab bila ulangkaji dan tak faham , tak tahu nak tanya siapa..jadi masuk kelas tuisyen dengan harapan segala yang jadi problem di sekolah tu dapat settle bila pergi tuisyen..tu barangkali boleh kata tuisyen jadi satu keperluan la..bagi pelajar macam ni..tapi kalau pergi pun, namun problem tak settle pun tak boleh juga..apa guna pergi tuisyen.

Kadang-kadang pelajar yang barangkali ok la dan boleh terima apa yang diajar oleh cikgu di sekolah tapi pergi juga tuisyen..ni macam mana pula ya? Yang ni mungkin sebab dia nak mantapkan lagi kefahaman dia..bagus juga macam ni...bukan keperluan tapi kehendak..tapi kalau pergi pun, sama je tak makin mantap un tak boleh juga..apa guna pergi tuisyen kan..perhabiskan duit mak bapak je kan..huhu..

Yang satu lagi pula..yang paling tak patut la! Dah la jenis malas belajar..pergi sekolah pun belajar buat kisah tak kisah je..faham tak faham lantak saja la..yang penting enjoy hidup..pergi tuisyen juga..tapi sebab apa pergi? Sebab mak bapak suruh...kalau mak bapak tak suruh tak pergi rasanya..ataupun pergi juga..tapi bukan sebab nak belajar sangat pun..ada agenda lain..boleh dapat duit poket ke..dapat jumpa kawan-kawan baru ke..apa-apa je la..yang ni la jenis yang jadi budaya kita..nak kata kebanyakan tu tak tahu la..sendiri fikir la..

Cumanya bagi saya la..secara umumnya, tuisyen ni tak perlu sebenarnya. Tapi bagi pelajar yang nak settle problem yang diorang ada di sekolah tu dan bagi yang nak mantapkan lagi kefahaman tu lain cerita la..boleh pertimbangkan la..tapi kalau pergi tuisyen, result sepatutnya macam orang pergi tuisyen..yang peliknya pergi tuisyen, tapi result bagi subjek tu fail..fail?? habis tu buat apa pergi tuisyen..buang masa..buang duit..situasi yang jadi macam ni la jadi budaya kita..salah siapa ya? Pandai-pandai la jawab..

Problem sebenar kita ni ialah kebanyakan pelajar sendiri tak faham atau tak tahu tujuan sebenar belajar..yang ada dalam kepala otak diorang...”belajar untuk exam”...tu la yang diorang tahu..pergi tuisyen cikgu discuss pasal soalan exam..di sekolah pun lebih kurang je..jadi slogan tu dah sebati dengan pemikiran pelajar..bukan semua..sebahagiannya..Jadi bab ni la yang saya nak katakan nanti yang mana kalau tak nak cakap pasal ni dulu tapi agak panjang berbanding tuisyen ni..

Kesimpulan bagi bab tuisyen ni..soal sama ada ia sebagai keperluan atau hanya budaya semata-mata bergantung pada pelajar tu sendiri..kalau dia pergi untuk settle problem dia dalam study di sana atau mantapkan lagi kefahaman dan penguasaan dalam sesuatu subjek ok la..tapi kalau yang setakat pergi dengan agenda yang macam-macam..lepas tu result exam pun macam orang tak pergi tuisyen pun..tu tak lebih daripada sekadar budaya semata-mata...jangan marah ya siapa yang terasa ke apa dalam baca artikel saya ni..ia Cuma sekadar pendapat saya je...apapun, semoga ilmu yang kita dapat semasa belajar di sekolah dan tuisyen tu dapat kita amalkan dan aplikasikan dalam kehidupan seharian kita di dunia yang sementara ni. Sebab di akhirat kelak kita akan disoal sejauh mana kita amalkan ilmu yang kita ada.
Kata pepatah arab, ilmu tanpa amal ibarat pokok tapi berbuah yakni mengeluarkan hasil. Wallahua’lam.

12 comments:

asfawani said...

salam.. saya rasa tuisyen tu perlu bagi...

pelajar yang memang tak belajar di rumah.. mak ayah biasanya khuatir result mereka teruk jika mereka tak mengulangkaji pelajaran..
so lebih baik hantar tuisyen ..

saya pun pg tuisyen juga masa tingkatan 5, itupun mak yg suruh sebab subjek matematik asik fail jer... ustazah tu buat tuisyen matematik kat rumah dia.. after 1 month lepas tu, result matematik makin naik.. and final exam saya dapat A1 dalam matematik.. so saya rasa pelajar yang lemah macam saya patut pergi tuisyen persendirian... maksud saya guru tu hanya mengajar tu hanya mengambil 5 atau 6 orang pelajar, x perlu lebih drpd tu.. so guru tu boleh tumpukan terus pada seseorang pelajar dan dia dapat tau pelajar tu lemah jat sub topik yang mana.. and then cara ni dapat merapatkan hubungan pelajar tu dengan guru tuisyen persendirian tersebut, dan membolehkan pelajar tersebut "tak malu segan" untuk bertanyakan soalan yg dia x faham..

kalau kita pergi pusat tuisyen yang biasanya terletak di kawasan bandar, hanya pelajar yang berani sahaja akan bertanyakan soalan, so pelajar yang yg malu bertanyakan soalan akan menyimpan masalah tersebut dalam hati..

golongan yang sebegini memerlukan guru tersebut sentiasa bertanyakan soalan padanya..

walaupun kos belajar di rumah guru persendirian agak mahal dari pusat tuisyen (kat tempat saya kos bayaran tuk subjek matematik rm30), tapi saya rasa berbaloi la jugak..

Aiman said...

Emm..setuju juga kata kamil tu.mmg setengah tu mcm jadi budaya saja bkn nak belajar sgt.mcm asfawani kata tu, mmg la perlu ikut keadaan la.

admin said...

Kalau dah keadaan macam tu, memang perlu la tuisyen.

Alya SMKAP said...

Tuisyen perlu bagi pelajar yg ingin disiplin diri...

Alya SMKAP said...

Anyway..nice blogs..harap dpt perbanyakkan lagi topik menarik...

admin said...

Pasal untuk disiplinkan diri pun, bergantung pada individu juga.
Emm..terima kasih..insya ALLAH..akan dikongsikan perkara2 bermanfaat utk kita bersama..hehehe..

private said...

setengah orang cakap je pandai tp die buat jugak

Aiman said...

Pandai je cakap tapi buat juga? maksud awk penulis artikel ni ke?

admin said...

kalau org tu dimaksudkan saya, mmg saya pun ambil tuisyen juga masa f4 n f5 tp addmath n math. utk bg mantap betul2 subjek tu utk ambil course tu nanti. lagipun mmg sentiasa dpt marks yg terbaik pun 2 subjek tu drpd semua subjek dlm exam.

admin said...

Artikel ni cuma untuk renungan tentang niat join tuisyen...sama ada memang sungguh2 nak belajar atau cuma budaya...that's all...

mimiey93 said...

ada y cume nk main2 je wt bazir duit ibu bapa je

admin said...

Yeah..betul sangat tu
haha..