Monday, February 14, 2011

Ringkasan Ceramah Umum Dr Mohd Asri 13 Feb

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2008/10/asrimaza.jpg

Allhamdulillah, aku berkesempatan bersama 2 orang sahabatku iaitu Lukman Abd Taib & Abu Aiman ke Ceramah Umum Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mantan Mufti Perlis yg kini merupakan Pensyarah USM. Berikut adalah sedikit sebanyak ringkasan intipati ceramah beliau yg sempat aku catat:-

- Maulidur Rasul tidak ada unjuran sambutan khusus dalam Islam

- Para sahabat radiallahu ‘anhum yang ternyata sangat mencintai baginda S.A.W tidak pernah menyambutnya padahal kecintaan mereka amatlah tinggi berbanding umat islam hari ini.

- Abu Quhafah, ayah Saidina Abu Bakr As-Siddiq r.a telah datang kepada baginda nabi S.A.W seraya menghulurkan tangannya untuk berbaiah dengan baginda bagi memeluk Islam. Tatkala itu, baginda S.A.W melihat Saidina Abu Bakr menangis seraya bertanya sebab dia menangis.

- Kata Abu Bakr’ : “Jikalau tangan bapa saudaramu, Abu Tholib di tempat tangan bapaku yang memeluk Islam & ALLAH membuatkan kamu suka dan gembira, adalah lebih aku suka daripada bapaku sendiri memeluk islam yang membuatkan aku gembira".

- MasyaALLAH ! Begitu tinggi dan mantapnya iman Saidina Abu Bakr. Sehinggakan dia lebih meyukai bapa saudara nabi S.A.W memeluk Islam daripada bapanya sendiri yang bisa membuatkan baginda gembira.

- Tanda kecintaan sebenar kepada baginda S.A.W ialah dengan mengikuti sunnah baginda S.A.W dan meninggalkan perkara yang dilarang yang bukan daripada sunnah baginda S.A.W.

- Pendapat terkuat dalam kalangan ulama’ tentang tarikh kelahiran nabi Muhammad S.A.W ialah pada 9 Rabi’ul Awal bukan 12 Rabi’ul Awal. Namun, para ulama’ sepakat baginda lahir pada hari isnin.

- Antara peristiwa penting dalam bulan Rabi’ul Awal ialah penghijrahan Nabi S.A.W bersama Abu Bakr dan umat Islam dari Makkatul Mukaramah ke Yathrib(Madinatul Munawwarah). Bermula 28 Safar baginda keluar dari Makkah menuju ke Gua Thur, kemudian ke Quba’ pada 8 Rabi’ul Awal dan tiba di Yathrib(Madinah) pada 12 Rabi’ul Awal.

- Diceritakan Gabenor Shams(Syiria), Sa’id Bin Amir yang Saidina Umar Al-Khatab lantik, dia seorang yang soleh dan zuhud. Saidina Umar telah datang pergi kepada penduduknya seraya bertanya macam mana kepimpinan Sa’id.

- Mereka telah mengadu kepada Saidina Umar 4 perkara:

1) Sa’id selalu keluar kerja lambat – waktu matahari terbit

2) Waktu malam mereka memanggilnya namun tak dijawab

3) Sehari dalam sebulan, dia menghilangkan diri.

4) Semasa dia duduk bersama kami, tiba-tiba dia pengsan

- Selepas itu, Saidina Umar memanggil Sa’id dan meminta dia memberikan penjelasan. Katanya:

1) Sesungguhnya aku tak mempunyai sesiapa untuk membantu aku di runah, jadi aku kena menyediakan segalanya di rumah sendiri. Sebab itu aku selalu keluar lambat

2) Aku jadikan siangku untuk rakyat, malamku untuk ALLAH ‘Azza wa Jalla

3) Aku hanya mempunyai sehelai baju. Jadi sehari dalam sebulan, harus aku basuh baju. Sementara tunggu baju tu kering, aku tak pakai baju. Sebab itu aku sembunyikan diri dan menyorok sehingga baju tu kering

4) Aku selalu pengsan dalam majlis kerana aku teringat Hubai’ Al Ansari(peluk Islam di Makkah, ditangkap dan diseksa oleh musyrikin dan dipotong isinya sikit2 sedangkan pada waktu itu Sa’id lihat sahaja di mana waktu tu dia belum Islam) dan aku gagal untuk tolong dia, aku rasa ALLAH takkan ampunkan aku, maka sebab itulah aku pengsan.

[caption id="" align="alignnone" width="314" caption="Penulis sempat bergambar bersama Dr Asri"][/caption]

- Soal ketaatan kepada pemimpin : Ulama’ berbeza pendapat makna ‘Ulul amri’ – ada kata pemimpin yg dilantik Rasul, ada kata para ulama' dan ada kata pemimpin yang memerintah rakyat.

- Namun, malangnya ramai pemimpin/ulama’ guna ayat suruhan kepada orang beriman utk taat kepada ALLAH, Rasul dan Ulul Amri daripada golongan kamu. (Rujuk Surah An-nisa’ ayat 58 dan 59)

- Sesungguhnya, sebelum berlakunya kiamat, akan terjadi tahun-tahun penuh penipuan. Orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang bercakap benar dikatakan berbohong. Muncul orang yang lekeh yang bercakap tentang urusan orang awam.  – Mafhum hadis Nabi S.A.W riwayat Imam Ahmad.

[caption id="" align="alignnone" width="343" caption="Sahabatku, Lukhman Abd Taib turut ambil peluang bergambar"][/caption]

- Kita sebagai umat Islam harus jelas fahami prinsip-prinsip Islam :

1) Ibadah – Wajib mengikut petunjuk baginda S.A.W secara total

2) Muamalah- Terbuka untuk maslahah, dan tidak hanya terikat dengan petunjuk baginda, selagi mana tak ada nas yang melarangnya.

- Oleh sebab itu, tidaklah betul orang yang mengatakan system demokrasi dan pilhan raya tidak syari’

- Demonstrasi aman yang tidak meggunakan senjata oleh rakyat yang dizalimi bagi menyuarakan penderitaan mereka kepada pemerintah adalah sesuatu yang salah. Memerangi pemerintah dengan senjata memang dilarang.

Tambahan: Video Rakaman ceramah ini :-

- Pergolakan di Mesir

www.youtube.com/watch?v=87Py8hwsv3I

www.youtube.com/watch?v=6jk6EM-gGxU

- Beza Laknat Allah Dan Laknat Rasul

www.youtube.com/watch?v=mE6NK0HSKhQ

- Maulid Nabi & Tahun Hijrah

www.youtube.com/watch?v=fPL1pnQxTnI

- Upacara Tepung Tawar & Isu kritik Sultan Dan Raja

www.youtube.com/watch?v=1O4H4rUIG0k

- Valentine Day

www.youtube.com/watch?v=mYYDmTYND1c

- Amalan Berunsur Syiah

www.youtube.com/watch?v=2dZEC65s2j4

- Ucap Selamat Pada Non Muslim & Hadith Taat Pada Pemerintah

www.youtube.com/watch?v=CEaBX4lncJ8

*Nota: Ceramah Umum ini diadakan di Yayasan Ta'lim TTDI KL

No comments: