Saturday, February 26, 2011

Study week, exams period & semester break!





Alhamdulillah..akhirnya berakhir sudah semester 2 pengajian aku di CFS IIUM. MasyaALLAH! Cepat sungguh masa berlalu..rasa mcm baru je mula semester 2 ni. Tapi apakan daya.. Dunia akhir zaman. Peredaran masa terasa begitu cepat….

Masa study week,  ada EPT iaitu English Placement Test. Pergghhh…susah la juga. Terutama part reading. Part writing tu so far boleh la..rasa ok la. Doakan aku & sahabat2ku exit from English Proficiency Course! Siapa la suka nak hadir kelas English 9 jam seminggu? Do you like? Really? You are English lover! Huhu..  2 hari lepas tu, hari jumaat laa. Aku outing & pergi ke kedai buku Fajar Ilmu Baru di Jalan Masjid India.

Terlebih dahulu aku solat jumaat di Masjid Jamek. Aku pergi dgn siapa? Seorang ja!! Sedih tau.. Aku ajak sahabat2ku pergi..tapi pakat x nak ikut. Ada yg sibuk la..mcm2 la. Nak x nak aku pergi keseorangan je lah.

Aku ‘terperap’ dalam 2 jam juga di kedai buku tu menelaah buku2 yg ada. Macam2 buku yg menarik! Akhirnya, aku beli 2 buah buku iaitu “Kisah Peristiwa Menjelang Hari Kiamat daripada Al Quran dan Hadis’ serta sebuah buku motivasi iaitu “Quantum Tarbiyah: Membentuk kader dahsyat full manfaat”. Mesti ada yg pelik dgn tajuk buku motivasi ni. Hahhh..mmg la sebab ia buku dari Indonesia! Aku teruja mmbacanya sbb first time baca buku motivasi yg baca relate dgn Ayat Al Quran, Hadis, kata2 sahabat, para salafussoleh & ulama2. So touching!



Then, bermulalah exams period! Maths 1, Computer 1 & Physics 1. Alhamdulillah, so far so good. Semuanya dapat jawab dgn baik. Nak kata susah pun x. senang lagi la x. moderate la! InsyaALLAH mudah2han dapat result yg terbaik…dah berusaha yg termampu, maka doa & tawakkal jelah pula ambil tempat.

Secara jujurnya, aku cukup ‘rimas’ dengan kata2 sesetengah sahabatku yg suka ungkapkan kata2 seperti “Dean’s list la kau ni…” dan “Budak pandai mesti four flat!”. Ya ikhwah & akhawat, jgn la  bermentaliti exam oriented! Aku dah luahkannya pun dlm status aku di facebook. Ikhlaskan kita menuntut ilmu untukNya. Exams cuma pengukur ilmu yg kita kuasai, sikap, kemahuan & disiplin. Bukan juga pengukur kepandaian! Namun, dean’s list apa semua tu bisa jadi wasilah dakwah untuk kita jadi inspirasi kepada org lain utk berusaha dgn lebih gigih & contohi kita.

Then..Habis exams…ada benda yg buat pening kpala muncul. Ehhh..habis exams pun nak pening kepala? Ya! Mulai semester ni, semua barang2 MESTI dibawa balik ke rumah dari mahallah(asrama). Barang yg x dibawa balik dikira ‘sampah’ dan boleh dibuang oleh pihak mahallah. Adehhh..aku pun pening la nak pack barang yg nak ditinggalkan  di rumah abang aku di Damansara Damai & mana yg nak dibawa balik ke Perlis. Pack punya pack..tengok2..tu dia aihhh! MasyaALLAH banyak sungguh yg nak dibawa balik ke Perlis. Sampai 4 beg!! Mcm mana la nak angkut kesemua tu naik bas rapidKL, lepas tu naik LRT pula. Turun baru nak naik bas ekspress.

Mula2 tu ok lah..alhamdulillah..lega sebab abg aku kata nak datang ambil aku dekat kampus & hantar aku ke hentian duta. Tapi akhirnya x jadi sebab dia ada meeting lepas habis kerja. Terpaksalah aku balik sendiri…. Atas nasihat sahabat sebilikku, aku pun ambil teksi dari kampus terus ke hentian duta. Kena la RM15. Tapi x apa lah..sekali sekala. X terbayang mcm mana kalau nak pergi Hentian Bukit Jalil nun jauh. Haha..

Aku check out dkt mahallah office & tinggalkan kampus dalam 4.30 petang sebab cadang nak ambil bas Etika pukul 6.30 petang. Cadangnya malam sebab abg aku nak dtg ambil. Tapi dah x jadi, ambil petang la. Lagipun start petang lepas pukul 5 sampai la ke malam, jalan mmg sesak la. So nak x nak kena keluar awal. Bas Etika yg x punctual tu pun sampai pukul 7 mlm & bertolak..alhamdulillah selamat sampai di Perlis Darus Sunnah pada jam 2.20 pagi.



So..sekarang ni tgh menikmati cuti semester lebih kurang sebulan sehingga 20 Mac nanti. Habis cuti sekali dgn habisnya cuti sekolah la. Huhu... Itulah sedikit coretan kehidupanku buat masa ini. Rasanya mmg panjang kan aku cerita ni? Hahaha..sekali sekala x mengapalah. Mungkin tengah cuti ni mood nak menaip panjang2 tu ada. Hehe..

Akhirnya, doakan aku & sahabat2ku agar kami dapat result yg cemerlang dalam final exams semester 2 ni. Barakallahu fina.. Semoga kita sentiasa dalam rahmat, keredhaan & perlindungan ALLAH ‘Azza Wa Jalla. Semoga ALLAH membantu saudara2 seaqidah yg tgh memperjuangkan kebenaran di mana sahaja agar mereka tabah & kuat serta memberikan mereka kemenangan. Amin ya rabbal ‘Alamin =)

No comments: