Sunday, August 31, 2008

Cerpen "Madu Dibalas Racun" - Bahagian Akhir

             Pada mulanya, Ahmad Aiman berjumpa dengan Teacher Amelia.



“Kenapa yang kamu rajin sangat dan tolong Cikgu Khairul Anwar dalam hal program lepasan PMR tu. Kenapa dia tak buat sendiri?”, kata Teacher Amelia kepada Aiman.



“Saya faham yang Cikgu Khairul Anwar memang sibuk dengan pelbagai hal lain. Jadi saya boleh mengambil kesempatan ini untuk membalas jasa cikgu-cikgu dengan tolong Cikgu Khairul Anwar”, jawab Aiman kepada Teacher Amelia.



Hati Aiman sedikit terasa seperti terguris dengan cara Teacher Amelia katakan padanya. Namun, dia tidak kisah kerana dia tahu Teacher Amelia berkata demkian kerana bersimpati dengan apa yang dihadapinya. Selepas itu Aiman terus berjumpa dengan Sir Ahmad Tarmizi pula.



                “Bagaimana tentang isu surat kutukan tu?”, tanya Sir Ahmad Tarmizi kepada Aiman.



“So far rasanya hal tersebut sudah selesai. Saya ada berbincang dengan beberapa orang pelajar kelas 3 Abu Bakar. Berdasarkan apa yang diorang cakap, saya faham bahawa diorang ingin menyalahkan saya kerana menceritakan tentang hal ini kepada cikgu-cikgu yang seterusnya menyebabkan hal ini heboh diperkatakan walaupun diorang tidak kata secara terus tetapi saya faham apa yang cuba mereka katakan . Hmm.. tadi saya berjumpa dengan pengetua dan pengetua ada juga minta kepada saya agar memberikan senarai nama pelajar yang menulis surat tu kepadanya. Begitu juga dengan Cikgu Khairul Anwar. Tetapi saya enggan memberikannya kerana saya memahami bahawa pelajar berkenaan akan menduduki peperiksaan percubaan PMR tidak lama lagi. Jadi saya tidak mahu konsentrasi mereka terganggu akibat hal ini”, kata Aiman kepada Sir Ahmad Tarmizi.



“Hmm..usahlah simpati pula pada diorang. Kadang-kadang manusia perlu diajar apabila melakukan kesalahan”, kata Sir Ahmad Tarmizi kepada Aiman.



Aiman terasa pula dengan kata-kata Sir Ahmad Tarmizi itu selepas terasa dengan kata-kata oleh Teacher Amelia. Selepas itu, Aiman pulang ke kelasnya dan bersiap-siap untuk menunaikan solat zohor berjemaah di surau sekolah. Setelah menunaikan solat di surau, Aiman bersiap-siap untuk pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalanannya dia pulang ke rumah, dia mengenangkan apa yang berlaku pada hari ini. Dia berasa penat kerana begitu sibuk dan pergi ke merata tempat dan berjumpa dengan ramai orang.



Selepas segala perkara yang berlaku ini, Aiman telah membuat keputusan untuk memenuhi permintaan para pelajar 3 Abu Bakar agar tidak mengganggu hidup pelajar tingkatan 3 selepas ini. Dia juga telah menetapkan di dalam hatinya untuk menumpukan perhatian terhadap pelajarannya di samping peperiksaan SPM yang bakal didudukinya pada tahun hadapan.



Dia juga bercadang untuk menjawab serta merungkai segala persoalan yang ditimbulkan oleh sahabat-sahabatnya tentang dirinya yang sibuk untuk membantu orang lain disamping menceritakan tentang apa yang dialaminya untuk dikongsikan bersama orang lain dengan mengarang sebuah cerpen. Dia berharap dengan mengarang cepren itu, dia dapat mengurangkan rasa keperitan yang dilaluinya selama ini. Setelah menyiapkan cerpen itu, Aiman menyiarkan cerpen tersebut di blog kepunyaannya. Selepas hampir sebulan dia menyiarkan cerpen itu di blognya, dia dimaklumkan bahawa para pelajar tingakatan 3 Abu Bakar ingin menghantar cerpen rekaannya itu kepada guru disiplin.



Dia berasa mereka tidak berpuas hati kerana menganggap dia berniat untuk menjatuhkan aib mereka selain mengutuk mereka kerana terdapat kisah mereka didalam cerpennya itu. Tetapi jauh di sudut hatinya, dia langsung tidak pernah berniat untuk melakukan sedemikian. Namun, dia tidak kisah mereka ingin melakukan seperti itu kerana setiap orang berhak melakukan apa-apa yang diingininya. Aiman bertindak dengan memberikan salinan cerpen yang dikarangnya itu kepada guru disiplin dan guru disiplin cuma memintanya supaya menukar sebahagian nama watak dalam cerpen tersebut dan nama sekolah yang disebut dalam cerpen tersebut. Aiman menurut kata guru disiplin itu kerana tidak mahu hal ini bertambah serius. Namun apa yang dirasakannya apabila hal ini timbul, Aiman berasakan harapannya daripada mengarang cerpen tersebut iaitu untuk mengurangkan keperitannya dalam menghadapi dugaan hidup menjadi yang sebaliknya iaitu menambahkan lagi rasa perit.



Selepas beberapa hari hal ini timbul, Aiman menerima mesej daripada seorang pelajar Tingkatan 3 Abu Bakar yang ingin memohon kemaafan daripadanya serta ingin meminta dihalalkan serta direstui segala ilmu yang telah Aiman curahkan kepadanya. Aiman berasa ilmu yang dicurahkan olehnya begitu sedikit dan tiada sebab untuk dia tidak halalkan ilmu tersebut kerana ilmu tersebut adalah milik ALLAH dan bukan miliknya. Aiman juga berasa agak sebak membaca mesej yang dihantar oleh pelajar tersebut.



Pada malam hari yang hening dan tenang, apabila Ahmad Aiman termenung dan mengenangkan segala peristiwa yang telah berlaku dalam hidupnya, dia sedar bahawa apabila kita melakukan kebaikan dalam kehidupan ini,kita tidak seharusnya mengharapkan reaksi yang baik daripada orang lain dan tidak semestinya kebaikan yang dilakukan akan dibalas dengan kebaikan oleh orang lain. Sebaliknya kekadang, kebaikan akan dibalas dengan keburukan ibarat memberi madu dibalas dengan racun.





:: TAMAT ::



5 comments:

maya said...

cerpen awak ni mnarik n bgus wat smue orang......yang penting dalam dri kite 2 kne ader ktabahan k....jgn ptus asa dgn hidup....assalamualaikum

AL-MARBAWI (-_-) said...

ASSALAMUALIKUM...
kESUDAHAN STORY NI BAGUS. Tapi knp watak mulanya tidak dikekalkan???.....jgn cepat lemah... tabah menghadapi cabaran hidup....Tukarkan masalah kpd peluang........

ahmadkamil92 said...

terima kasih atas komen tersebut.
apa maksud "watak mulanya tidak dikekalkan?"?

iskandar said...

ASSALAMMUALAIKUM..
first and foremost, jgn putus asa...
tetaplah dgn apa yang kamu buat dan pedulikan cakap2 orang yang sengaja nak menjatuhkan semangat kta..
and yes, you are right...
sometimes kita tak bole nak mengharapkan ucapan keramat TERIMA KASIH dan secebis penghargaan dari orang yang kita dah tolong...
dari experience ana sendiri,ana tak faham dan agak pelik kenapa susah sangat shbt2 ana nak ucapkan ucapan tu eventhough masa tu ana berada kat sekolah yang boleh dikatakan memang lebih baik dari sekolah lama ana...since that day,ana sentiasa ingatkan diri supaya tak terlalu mengharapkan ucapan tu dan biarlah mereka dengan caranya,janji kita sematkan dalam diri supaya meringankan mulut ucapkan perkataan tu dan sentiasa ingat,treat orang lain,macam mana kita nak orang treat kita...tabahlah menghadapi kehidupan dan sharelah ur problem dengan kengkawan..=) we are always by ur side..

admin said...

Wa'alaikumussalam..terima kasih atas komen tu.