Wednesday, January 12, 2011

Antara Kumpul Harta Dunia & Harta Akhirat



Ada yg bertanya kepada aku tentang kenapa aku buat blog. Aku rasa sepatutnya aku cakap pasal ni pada awal kewujudan blog ni.. tapi x mengapalah.. dah masa tu x ada org tanya so sebab tu aku x cakap.

Sepertimana yg kita lihat, ramai manusia dlm muka bumi ini sibuk mencari & mengumpul harta utk kehidupan dunia, sedangkan leka & lupa utk mengumpul harta utk kehidupan yg kekal abadi buat selamanya; di akhirat. Kita terlalu berkira dalam soal mendapatkan duit, namun dalam masa yg sama kita x hairan sgt soal memperoleh pahala yg menjadi bekalan utk dibawa ke akhirat.

Ramai juga org tanya aku sama ada aku mmg dapat duit ke dgn buat blog ni.. aku jawab x dapat pun. Sebab kebiasaannya dpt duit dgn blog ni sebenarnya melalui pengiklanan(advertisement). Aku x kisah sangat pun soal pengiklanan & duit sebab tu lebih kpd soal kekayaan dunia, sebaliknya aku lagi kisah tentang berkongsi ilmu & perkara2 bermanfaat dengan umat Islam sejagat yg mana ada ganjaran selayaknya daripada ALLAH ‘Azza Wa Jalla, insyaALLAH….

Kenapa sesetengah org takut mati? Hal ini kerana dorg x banyak bekalan utk dibawa ke akhirat. Sebaliknya, jika kita ada banyak bekalan utk dibawa ke Akhirat, maka pastinya kita berasa seronok utk kembali ke sana. Hal ini dapat diumpakan dgn org ada banyak duit simpanan dlm akaun bank, akan berasa seronok apabila hanya melihat bank atau lambang bank je. Manakala org yg ada byk hutang dgn pihak bank akan berasa gelisah & susah hati apabila hanya melihat lambang bank je.

Justeru, org yg tahu dia ada byk harta simpanan pahala dlm akaun akhirat, dia berasa seronok utk ke sana. Sedangkan org yg byk dosa & kurangnya pahala dlm akaun akhirat, dia berasa takut & susah hati utk kembali ke sana.

Persoalannya sekarang, adakah akaun simpanan akhirat kita telah dipenuhi dgn amal soleh & pahala? Dengan jawapan itulah dpt memberikan gambaran sama ada kita bersedia utk kembali kepada Rabbil ‘alamin ataupun x. Renung2kan….
Dari Abu Umamah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Keutamaan orang alim atas orang yang beribadat ialah seperti keutamaanku atas orang yang terendah di antara engkau semua."
"Selanjutnya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya, juga para penghuni langit dan bumi, sampaipun semut yang ada di dalam liangnya, bahkan sampaipun ikan yu, niscayalah semua itu menyampaikan kerahmatan kepada orang-orang yang mengajarkan kebaikan kepada para manusia."
Adapun yang selain Allah ialah memohonkan agar orang-orang yang mengajar kebaikan itu diberi kerahmatan oleh Allah.
(Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan dia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.)

No comments: